8 Cara Untuk Kekalkan Khasiat Sayur! - Maria_Firdz

Maria_Firdz

Info | Motivation | Lifestyle | Review

03 September 2015

8 Cara Untuk Kekalkan Khasiat Sayur!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: Google images

Sayur kaya nutrisi dan mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C yang berfungsi menguatkan sistem imunisasi badan, awet muda dan melawan kanser. Sayangnya, vitamin B dan C mudah rosak apabila terdedah kepada oksigen, air, haba dan cahaya matahari. Jadi, cara penyimpanan dan pengendalian ketika memasak sayur yang betul mampu mengekalkan nutrisi dan khasiat sayur.

1. Makan sayur segar

Kandungan nutrisi pada sayur akan mula berkurang apabila dipetik. Jangan simpan sayur terlalu lama dalam peti sejuk. Jika boleh, masak terus selepas dibeli. Jika ingin menyimpan sayur dalam peti sejuk jangan dibasuh atau dipotong. Jika sudah dipotong, simpan dalam bekas yang tertutup rapat dalam peti sejuk. Jika zaman dulu takde peti sejuk, sayur dibalut dengan kertas surat khabar untuk tahan lama...lama pun dalam dua atau tiga hari... Jika sekarang, boleh guna plastik wraping tu untuk simpan sayur dalam peti sejuk.

2. Potong dan basuh sayur dengan betul

Vitamin B dan C mudah larut dalam air. Jadi, jangan merendam atau membasuh sayur terlalu lama, sebab nanti lagi banyak vitamin akan hilang. Sayur yang ada kulit seperti timun, petola dan peria tidak akan hilang vitaminnya apabila dibasuh sebelum dipotong kerana kulit melindungi bahagian dalam sayur yang kaya dengan khasiatnya.

Jadi, digalakkan membasuh sayur sebelum memotong kecil. Sayur yang dipotong kecil akan menyebabkan bahagian dalamnya terdedah. Apabila dibasuh dalam keadaan sudah dipotong kecil, vitamin pada bahagian dalam sayur akan terkena air dan larut serta hilang.

3. Jangan merebus sayur terlalu lama

Merebus sayur terlalu lama akan menyebabkan vitamin di dalam sayur hilang. Cara paling sesuai adalah dengan mencelur sayur dalam air mendidih selama beberapa saat dan angkat secepat mungkin. Tapi tak semua sayur sesuai untuk dicelur. Sawi batang hijau tu pahit kalau celur je kan... Kena masak betul juga, baru rasa. 

4. Kukus sayur

Cara terbaik masak sayur adalah dengan mengukus, tetapi jangan terlalu lama. Dengan mengukus, vitamin yang ada dalam sayuran tidak larut dalam air. Selain itu, ia juga tidak merosakkan rasa asli dan nutrisi sayuran itu. Untuk menumis, masukkan sayur apabila minyak sudah panas dan angkat sebaik sayur nampak layu. Jangan tunggu hingga sayur terlebih masak (lembik).

5. Kenali cara memasak sayuran dengan baik

Kena tahu cara memasak setiap sayur dengan baik sebab setiap jenis sayur memiliki cara memasak tersendiri untuk mengaktifkan nutrisinya. Contohnya tomato apabila dipanaskan atau direbus akan mengaktifkan aktioksidan. Tapi, brokoli dan bunga kobis akan hilang antioksidan jika direbus. Sedangkan apabila tomato dijadikan jus, akan dapat merosakkan nutrisinya.

6. Jangan panaskan sayur yang sudah dimasak

Jangan panaskan sayur yang sudah masak. Apabila terpaksa, panaskan sekali saja. Ini dilakukan untuk mencegah kandungan nutrisinya supaya tidak hilang. Tapi, sayur memang tak sedap kalau dipanaskan semula. Masak makan habis, tak habis ratah je la sampai habis. Memang tak sedap kalau simpan pastu nak panaskan semula kan.

7. Makan salad

Sayuran mentah yang sesuai juga boleh dijadikan salad dan dimakan bersama buah-buahan segar. Khasiatnya terutama vitamin akan terus diserap tubuh tanpa kehilangan seperti mana proses memasak. Salad antara ulaman moden... Sedap dimakan mentah kan... Tapi, biasa salad dibuat lapik ketika menghidang lauk sebagai hiasan hidangan, tu pun boleh mengurangkan nutrisinya.

8. Sayur yang kaya vitamin A perlu dimasak

Menurut kajian, karotenoid (vitamin A) lebih mudah diserap dalam badan apabila dimakan bersama sedikit lemak seperti minyak serta dimasak berbanding makan segar. Sayur seperti lobak, labu, ubi kayu, tomato atau apa saja sayur yang berwarna terang (oren, kuning, merah) lebih sesuai dimasak tumis bersama sedikit minyak jika ingin mendapatkan serapan karotenoid (Vitamin A) yang lebih berkesan.

Sebagai fakta tambahan, kandungan serat pada sayur tidak akan terjejas walaupun kita masak sayur hingga lembik. Kementerian Kesihatan menyarankan kita mengambil empat hingga lima hidangan sayur dan buah-buahan setiap hari. Bukan saja untuk kekal sihat dengan sistem imun yang lebih kuat, memakan lebih banyak sayur juga boleh mengurangkan risiko sakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Diolah dari: Artikel Harian Metro

Sayur banyak khasiatnya, tapi kalau pergi ke kedai makan, menu sayur sangat kurang kan... Anak-anak MF memang dididik makan sayur dari kecil... Alhamdulillah si kakak penggemar sayur terutama brokoli dan carrot... Sayur memang kena pandai dan tahu cara masaknya baru sedap dan berkhasiat. Jika kita amalkan pemakanan seimbang setiap hari, sebaiknya vitamin tambahan tak perlu lagi sebagai tambahan.... Tapi masyarakat Malaysia kebanyakannya tidak amalkan pemakanan seimbang sebab tu mereka bergantung kepada pengambilan vitamin tambahan. Apa-apa pun setiap yang Allah ciptakan baik untuk kita, cuma kita la kena bijak hargai apa yang ada... 

12 ulasan:

  1. baikkk! akan saya paksa anak saya

    BalasPadam
  2. sayur memang tak boleh dimasak terlalu lama...hilang khasiatnya... thanks for the tips maria...

    BalasPadam
  3. Sayur memang tak sedap kalau panaskan..

    BalasPadam
  4. Salam MF,

    Perkongsian berinformasi.. Lepas ni boleh ikut kaedah ini utk kekalkan khasiat sayur.. Kalau tidak sia2 jer masak tp xde khasiat.. :-)

    BalasPadam
  5. hihi, ingatkan takder tentang tips memasak tomato,
    ada kat tips #5 rupanya,
    baru ingat nak masukkan.
    yup, tomato, bila dimasak, kandungan antioksidannya akan lebih meningkat sehingga 3x ganda,
    cerita pasal tomato neh, teringat kat nasi ayam...lapar.....
    *****************************************
    [ Qurban + Aqiqah + Waqaf untuk Maahad Tahfiz ]
    Penyertaan dibuka sehingga : 14/09/2015
    mari sertai kami untuk program 'Qurban dan Aqiqah Amal bersama Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah' (MTSFAZ).
    program ini bertujuan untuk mengumpul dana pembinaan Maahad Tahfiz kami.
    sebahagian dari duit 'Qurban dan Aqiqah Amal' akan disumbang kepada Maahad Tahfiz yang berkaitan.
    p/s : Jika tuan/puan ingin melakukan WAQAF sahaja pun, digalakkan (dibuka sepanjang tahun).
    maklumat lanjut di blog MTSFAZ :- goo.gl/ixmeBH

    BalasPadam
  6. selalu amalkan basuh dulu sebelum potong sayur.. sayur kebanyakkan memang masak half cook tapi sesetengah sayur tak sedap nak buat separuh masak.. hahaha.. makanan sedap selalunya kurang khasiat

    BalasPadam
  7. sy suka salad. ulam-ulaman, the best!

    BalasPadam
  8. aida & famili more to ulam.
    apa yg boleh dimakan begitu saje jadi pilihan kami.
    aida pun x payah masak sayur :)
    anak2 pun da diajar makan ulam.

    BalasPadam
  9. thanks for info! Sy salu panaskan sayur balik..hehe

    follow me ya..tq

    BalasPadam
  10. fiza suka sayur.kalau masak sayur kejap je..dan kalau masak memang habiskan terus xsimpan. kalau panaskan pun xsedap nanti kan selain takde zat dah

    BalasPadam
  11. ha ah..balut sayur dengan surat khabar boleh tahan lama sikit.. saya pun baru tahu bila tengok mak mertua buat gitu..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^