GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

KABEL VS TAWAKAL!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Ya, kabel. Mesti ramai yang pernah dengar perkataan ini. Sedari kecil aku selalu memdengar perkataan ini selalu diucapakan oleh mak,ayah, mak long,pak long, sepupu sepapat tentang perkataan kabel terutama selepas seseorang tu dah habis belajar dan nak kerja, terutama bila menghantar permohonan kerja dengan kerajaan. Selalu ayat yang biasa didengar “nak kerja kerajaan ni kena ada kabel besar, senang la dapat, kalau tak, jenuh duk ulang p temuduga la”.

Ya, setelah sekian lama, aku terfikir, dan aku akui kata-kata mereka ada benarnya. Kena ada kabel besar baru senang dapat kerja. TAPI aku bersetuju dengan konteks yang lain. Memamg kita kena ada kabel yang besar untuk kita berjaya, tidak kira dalam kerja, pelajaran atau apa-apa sahaja yang kita hajati. Bagi aku kabel yang aku maksudkan dalam ini ialah “KABEL KITA DENGAN ALLAH SWT”.

Semakin kuat kabel kita dengan ALLAH,semakin besar kejayaan yang kita akan peroleh, tidak kira dalam apa bidang yang kita ceburi, pekerjaan, pelajaran, perniagaan, rumahtangga, dan sebagainya. ALLAH SWT apa yang kita perlu,bukan apa yang kita mahu. Kita minta kerja dengan kerajaan, Allah bagi kita kerja dalam perniagaan, kita kerja dan kita belajar,buka perniagaan sendiri dan dengan izin ALLAH,perniagaan tersebut berjaya. Kita minat berniaga, tapi ALLAH takdirkan kita dapat tawaran masuk badan beruniform, kita kerja dengan ikhlas dan jujur, ALLAH murahkan rezeki kita,dapat keluarga yang bahagia, anak ramai, semua menjadi, Alhamdulillah,itu rezeki.

Kabel itu memang perlu ada, malah wajib ada dalam setiap diri insan bergelar manusia. Ya, kabel kita dengan ALLAH. Sejauh mana kabel kita dengan ALLAH, cuba kita check diri masing-masing. Kadang –kadang kita sering menyalahkan orang lain jika kita gagal melakukan sesuatu tanpa kita sedari kesalahan itu berada dalam diri kita sendiri.

Dalam hidup ini,kita perlu ada prinsip ni USAHA,DOA,TAWAKAL.

Bagiku, tawakal itulah kabel kita. Ya, tawakal! Setakat mana tawakal kita pada ALLAH. Tepuk dada Tanya iman.

‪#‎nukilan‬ dari hati kecil deq Siti

4Ulasan

  1. tawakal setelah berusaha sebaik mungkin..

    BalasPadam
  2. Akak sgt setuju kabel dgn Allah... dulu pun akak sama mcm mak ayah sis.... selalu ingat nak apa-apa kena ada kabel. Allhamdulillah,,, bila belajar kenal Allah, baru akak faham maksud kabel dgn Allah.... kita slu bergantung pd manusia! bukan bergantung sepenuhnya dgn Allah.... this is nice entry sis :)

    BalasPadam
  3. jaga Allah..pasti Allah kakn hantar insan insan berhati mulia untuk bantu kita..

    BalasPadam
  4. sgt setuju.
    aida ni hah keluarga sederhana.
    langsung xde kabel sesama manusia.
    semua usaha sendiri hu hu hu...
    Allah tu Maha Berkuasa. kabel dgn Allah kena jaga baik punyer , kan ? :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ