Tuesday, 5 May 2015

Mitos dan Fakta Tentang Coklat

Sumber: google images

Mengapa ramai orang suka memakan coklat dan 'candies' yang lain? Sudah tentunya mereka sukakan rasanya! Terdapat banyak jenis perisa dalam pasaran sekarang. 'Candies' dalam bentuk bar yang enak dan mempunyai pelbagai ciri dan perisa, coklat di dalam kotak dengan harga dan inti yang berlainan dan blok coklat, susu, separuh manis atau tidak manis.

Penyelidikan yang dijalankan telah membuktikan khasiat dan kebaikan koko dengan tahap kalorie yang dianggap normal untuk semua penduduk.

Coklat dan koko memang menjadi kesukaan ramai orang di dunia ini. Marilah kita lihat sejauh manakah kebenaran ini.

MITOS Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat.
FAKTA Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA): Kalcium - 9%; Riboflavin - 9%; Protein - 6%; Zat Besi - 3%; Vitamin A - 2.4%; Thiamine - 2%. Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. Coklat sungguh berkhasiat.

MITOS Coklat adalah sumber utama 'dietary sugar' untuk kanak-kanak.
FAKTA Kajian yang dijalankan di Michigan State University menunjukkan bahawa kurang MITOSdaripada 3 peratus daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak-kanak diperolehi dari coklat dan lain-lain konfeksyen.

MITOS
Coklat mengandungi sodium yang tinggi.
FAKTA
Satu bar 1.5 auns.coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5 mg sodium; satu bar coklat susu - 40 mg. Cuba bangdingkan dengan: 1 cawan susu - 122 mg; 1 keping roti gandum - 132 mg dan 1 auns keju swiss yang mengandungi 440mg sodium.

MITOS 
Coklat menyebabkan kerosakan gigi.
FAKTA 
Kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi. Oleh itu coklat bukanlah penyebab jerawat. Sebenarnya, faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak yang berlebihan.

MITOS 
Kafein dalam coklat menyebabkan kanak-kanak terangsang dan menyebabkan mereka terlalu aktif.
FAKTA 
Satu auns coklat adalah 5 milligrams. Satu cawan kopi mengandungi antara 93 dan 153 milligrams dan bagi teh pula ia bergantung kepada berapa lama ia dibuat, mengandungi antara 28 dan 44 milligram kafein secawan. Ada juga minuman ringan yang mengandungi antara 32-65 milligrams bagi satu tin seberat 12 auns. Anda terpaksa memakan banyak bar coklat (lebih kurang 50 - 1.5 auns bar coklat) barulah anda boleh menyalahkan coklat kalau anda tidak nyenyak tidur.

MITOS 
Memakan coklat dan lain-lain konfeksyen adalah penyebab utama kegemukan kanak-kanak.
FAKTA 
Kajian menunjukkan kanak-kanak obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein.

Sumber: internet.

7 comments:

  1. Singgah petang...
    Tak berapa minat sgt dengan coklat :)
    tapi suka beli je...:P

    ReplyDelete
  2. coklat? me love it so much!!

    ReplyDelete
  3. coklat tak salah pun.... akak suke mkn coklat.... nyum3

    ReplyDelete
  4. saya kurang gemar coklat ni sebab bila makan mesti rasa pedih tekak..:p

    ReplyDelete
  5. Saya antara penggemar coklat terutama dark chocolate.. marveles..

    ReplyDelete
  6. Biar ada halangan didepan, aku tetap akan memakanmu coklat.haha

    ReplyDelete
  7. tapi rasanya kena tahu jugak apa bahan2 coklat tu...
    ada coklat yang peratus gula lagi tinggi, ada yang lebih koko dan lain2.. :)

    ReplyDelete

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^