GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Berpurdah: Bukan Sekadar Menutup Wajah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

sumber: google images

Isu ni bukanlah isu besar.. tapi melalui pemerhatian MF.. Makin hari makin ramai yang berpurdah dan berniqab.. Alhamdulillah... seronok tengok perubahan tu... dari tak tutup aurat kepada menutup aurat yang lebih sempurna... cuma yang MF tak faham tu kenapa... makin ramai yang berpurdah tapi masih menayangkan diri khalayak ramai?

MF tengok ramai yang berniqab ni berselfie dengan tangan peace... walaupun orang tak nampak dia senyum tapi dari riak anak mata orang boleh tahu dia senyum..,

Ustaz Azhar Idrus :
Islam tidak melarang wanita untuk berpurdah BAHKAN
mengalakkannya . Tidak wajib dan tidak pula haram . Menutup wajah bukanlah bererti wajah adalah aurat TETAPI dengan menutup wajah kita boleh menutup fitnah kerana tidak dinafikan wajah wanita adalah sebesar-
besar fitnah yang mengundang berbagai dosa dan maksiat . Sedangkan terdapat dalam hadis Rasulullah, yang isteri baginda memakai hijab.

MF bukan nak mempertikaikan orang berpurdah ni.. tidak... cuma MF nak la orang yang berpurdah ni..jaga tatasusila... berpurdah bukan sekadar menutup muka dari pandangan orang lain... tapi sebenarnya, menjaga maruah... wanita tu aurat...tak kira dia tutup atau buka dia tetap aurat...jadi, janganlah terlalu publish diri di khalayak ramai (upload gambar kat laman sosial) secara keterlaluan... bahkan ada yang jadi model... hmm,.. pendapat MF berniqab bukan sekadar menutup wajah... tapi lebih dari itu...

Trend berniqab ni ditiru oleh para remaja yang baru nak berjinak dengan Islam... baguss... cuma pastikan apa yang kita buat tahu dalil dan hukum hakam yang betul dan sahih... bukan mengikut Naqibah Usrah... bukan mengikut kata ustazah ustazah moden... Niatlah kerana Allah, dan mengikut sunnah Rasulullah...

Sebaiknya...jika betul-betul nak jaga maruah dan malu... malulah kita untuk publishkan diri... jangan buat kerana sesuatu.., sebab ikut sesuatu atau sebab suami suruh dan sebagainya...

Ingatlah,.. banyak mata memandang...dan kita membawa imej tertentu.. jika bertudung labuh atau berkopiah...lagilah kena jaga adab.. orang memerhati... jangan kita pakai...kita rasa dah alim... rasa dah sempurna.. tapi adab dengan manusia tak jaga..

Maaf, jika entry ni ada yang terasa... sekadar renungan kita bersama... supaya, sama-sama perbaiki diri.. insha Allah.,.


Psst: entry ni sekadar pandangan peribadi.. tiada kena mengena antara yang hidup atau yang mati..

Baca: hukum berniqab/berpurdah mengikut imam mazhab

7Ulasan

  1. berniqab ni bukan fesyen..so kena jaga penampilan demi maruah :)

    BalasPadam
  2. agreed. zman skrg n rmai yg brpurdah tp pkai pakaian yg lg menarik prhatian org. . btw, yg xpkai purdah or tdung labuh pun ttp kena jaga adab juga..

    BalasPadam
  3. Mf pula bila nk berniqabnya?? ..hehe

    #klik nuffnang #visit me on shukranzahari.blogspot.com ..happy blogging

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insha Allah akn dtg...sy pasti akn berniqab juga... nk buat sesuatu krna allah kan..

      Padam
  4. oo Alhamdullilah ...by the eay Allah huruf bsar tuh.. hehe ..thanks..

    #Happy blogging

    BalasPadam
  5. Betul tu..kadang2 tu org bertudung labuh lagi dasyat ketawanya dr org yg free hair..agak terkejut,tp itulah berlaku dpn mata

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ