بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Baru-baru ni MF ada terbaca satu berita kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang meninggal dunia kerana dilanggar oleh ibunya semasa ibunya sedang membetulkan parking kereta di rumah mereka..

Sedih dengar kisah ni... tragidi yang tak disangka kan... tapi rupanya kes ni di report polis dan ibu tersebut didakwa atas kesalahan kecuain terhadap kanak-kanak...

Banyak kes seumpama ini... terutama kes yang melibatkan ibu bapa tertinggal anak di dalam kereta...

Bila kes sebgini timbul.. ramailah keyboard worrior menyalahkan, menghentam,, mengutuk ibu bapa mangsa atau sebab kematian anak sendiri...

MF sebagai ibu terkesan...sebab nya tiada ibu bapa nak bunuh anaknya sendir... takde ibu bapa nak anaknya mati begitu... tapi siapa kita nak menidakkan kuasa Allah,,, MF sendiri pun adakalanya cuai juga.. jangan katakan pengasuh,. Kalau benda nak jadi, depan mata boleh jadi...

MF rasa, tak patut dakwa ibu bapa yang cuai.,,sebab Allah dah hukum kecuaian mereka tu dengan mengambil semula pinjaman Dia tu... itulah dah cukup terhukum... kenapa kita manusia nak hipukum lagi orang yang dihukum Ilahi.. Namun, sebab kat dunia ada juga undang-undang, buatkan manusia lebih beringat... cuma mungkin ada yang kata wajar... tapi MF sendiri kata... jika di hukum di dunia, maknanya dapat dua hukuman lah ibu bapa tu.. pertama hukuman Allah, akibat cuai dengan Allah ambil semula anak tersebut, dan kedua hukuman di dunia...

Nauzubillah... Moga kita dijauhkan dari kelalaian seumpama itu... Minta dijauhkan... risau sangat-sangat... Si kakak dan si adik tu pun pernah jatuh akibat kelalaian kita sebagai ibu bapa.. tak boleh nak salahkan si anak...sebab mereka tak mengerti apa itu bahaya... Kita yang dewasa lah kena sering waspada... Sentiasa berdoa agar kita dilindungi dari sifat lalai dan leka..

Apa yang terjadi juga, pengajaran untuk semua... agar lebih beringat dan sentiasa menyerah diri kepada Allah... Kadang, kita beringat dah, tapi kurangnya tawakal pun Allah akan uji juga... Sentiasalah berserah diri dan tawakal kepada Yang Maha Kuasa. 

4 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. tak tau nak hadapi bila berhadapan perkara sebegini...yelah,mana ada ibubapa yang nak tengok anak dia mati dengan keadaan begitu..

    BalasPadam
  2. kesian kan..dahlah sedih dengan kematian anak..pulak tu di dakwa..moga si ibu tabah.

    BalasPadam
  3. aida pun x setuju.
    kita ni manusia biasa. mudah lupa.
    dgn kesibukan tugasan harian...
    tak patut!!!

    BalasPadam
  4. CN pn rasa x patut,kehilangan anak pun dah tak sggup terima..

    BalasPadam

Catat Komen

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama