GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Jom Shopping Online di Butik Najjah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Sekarang ni bersepah butik fesyen muslimah... secara online dan juga offline... masing-masing bersaing dengan design yang tersendiri... Namun, salah satu butik muslimah ini..terkenal dengan fesyen dan design muslimahnya yang tersendiri... iaitulah Butik Najjah. Butik ini telah wujud sejak tahun 2010.


Butik Najjah memperkenalkan konsep Muslimah kontemporari yang diterajui oleh dua wanita yang cukup dikenali ramai iaitu Farrah Adeeba dan Nurul Azwin. Siapa yang tidak kenal dengan personaliti tv9 ini, Farah Adeeba pada awal kemunculannya di kaca TV amat disenangi dengan imej bertudung yang cukup sopan. Begitu juga dengan Nurul Azwin yang memulakan kerjaya beliau sebagai seorang engineer dan kemudian bertukar haluan dengan memilih kerjaya sebagai Make Up Artist sebagai profession tetap dan dikenali sebagai Awin Seindah Wajah.


Bermula secara kecil-kecilan, Najjah kini mempunyai beberapa cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan koleksi pakaian Najjah juga boleh dibeli secara online. Apa yang lebih menarik, koleksi pakaian Muslimah dan tudung Najjah juga direka oleh Farrah Adeeba dan Nurul Azwin sendiri. Segalanya ditawarkan dengan harga yang cukup berpatutan dan dijamin berbaloi untuk  dimiliki.


Setelah hampir 5 tahun kekal utuh di persada fesyen Muslimah tempatan, Najjah semakin komited dengan menawarkan lebih banyak koleksi pakaian Muslimah dan tudung yang berkualiti dan dijamin sentiasa mengikuti fesyen terkini. 

Jom cuci mata dengan rekaan terkini dan moden kontemporari butik Najjah serta berlandaskan syariat... cantik bergaya di mana sahaja...

2Ulasan

  1. cantiknya.. semoga murah rezeki tahun ni.

    BalasPadam
  2. Hanya mampu cuci mata je..blom mampu lg memiliki pakaian dr butik najjah..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ