05 Mei 2011

Petua Mudah Halau Semut!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kat rumah baru yang disewa sekarang sangat banyak semut... pantang letak makanan maka berderet-deret lah semut tu datang untuk mencari rezeki... Perkara ni mesti merimaskan jika ia berlaku juga kat rumah anda kan..

Hari ni ada satu petua macam mana nak halau semut-semut tu tanpa menggunakan racun serangga atau menjadi pembunuh kepada semut-semut tu... 

Caranya ialah.. hanya menggunakan bunga cengkih... ambil bunga cengkih dan letakkan ditempat yang dikerumuni semut. Letakkan juga di dalam balang gula atau tempat-tempat yang semut suka dekati.








Antara petua lain ialah dengan meramas daun sirih dan letakkan di tempat-tempat yang banyak semut.

senangkan... :) Tak perlu lgi kita nak jadi pembunuh semut. Cukup sekadar menghalaunya... Petua-petua ni untuk mengurangkan semut tu.. dan tak boleh nak halau semua semut-semut tu.. tapi jika kita selalu buat lama kelamaan semut tu akan hilang.

Selamat mencuba... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^