Rancang Kehamilan



Setiap insan yang telah mendirikan rumah tangga pasti akan menanti kehadiran cahayamata sebagai pengikat kasih antara suami isteri. Namun, tak semua yang bernasib baik utk 'bunting pelamin' atau hamil sebulan atau 2 bulan selepas diijabkabulkan. Banyak faktor perkara ni berlaku, antaranya:
- Faktor berjauhan antara suami isteri disebabkan oleh kerjaya masing2.
- Faktor isteri, kurang subur atau tidak tahu mengira waktu subur
- Faktor suami, kurang subur, masalah seksual lelaki atau ejakusi pramatang dan pelbagai masalah lain.

Sebenarnya, kehamilan awal atau lambat perlukan perancangan dari suami isteri. Kita perlu merancang, Allah juga merancang dan Allah lah penentu kepada rancangan itu. Suami isteri perlu berusaha, berdoa dan seterusnya berserahlah kepada Allah. Menurut pakar motivasi Dato' Dr. Fadhilah Kamsah dalam salah satu ceramahnya yang saya dengar, antara faktor lain rezeki zuriat ialah kesediaan pasangan suami isteri menimang cahaya mata, iaitu kesediaan dari segi fizikal, mental dan emosi....

Bagaimana penyelesaian bagi masalah keinginan zuriat yang belum tercapai ni: Saya ingin berkongsi sedikit beberapa info yang saya dapat melalui pengalaman orang2 tua, pembacaan saya melalui majalah, buku-buku dan surfing internet...

Faktor berjauhan bukan masalah besar untuk dapat zuriat. Yang paling penting, suami isteri perlu merancang utk berjumpa dan bersama ketika waktu subur. Isteri mesti mengetahui cara pengiraan waktu subur.. Pengiraan cara kalendar memang ternyata berkesan. Isteri perlu mencatatkan tarikh pertama datang bulan setiap bulan supaya senang untuk mengira waktu subur. Boleh cube kira kat laman web ni http://www.babycenter.com/ovulation-calculator

Atau kat laman web ni... mudah sikit.. Bahasa Melayu : http://drazwan.blogspot.com/2008/01/mengira-waktu-subur-wanita.html

Masalah lelaki pula, boleh diatasi dengan usaha kita juga. Suami tidak boleh ego jika mempunyai masalah seksual sbb ianya akan menyeksa batin isteri sendiri juga. So, kena ikhtiar cari penawar. Antara tip2 utk kesihatan batin lelaki:

- Jangan amalkan minuman sejuk atau minuman berais
- Jangan makan dan diselang seli dengan meminum air
- Jangan makan makanan yg bersifat sejuk dan disejukkan - menyebabkan ejakusi pramatang
- Jangan hembus nafas ketika minum
- Elak minum air ketika badan panas- selepas bersenam dll
- Jangan makan kepak ayam daging
- Elakkan minum selepas jam 11 malam
- Elakkan buang air ditempat air bertakung
- Jangan melancap
- Jangan biarkan isteri menindih anda ketika tidur

Ni antara petua orang tua-tua. Memang betul sebenarnya, bagi yang dah berkahwin perlu ikuti petua tersebut. Bagi lelaki bujang patut juga amalkan dari sekarang... Nak tahu lebih banyak lagi petuanya search kt internet atau layari laman web ni: http://seronoknye.blogspot.com/2008/02/petua-pantang-larang-untuk-kesihatan.html


Seterusnya setelah berusaha, berdoa dan berserahlah kepada Allah moga anda dan pasangan layak menjadi ibu bapa kepada zuriat anda sendiri...

Semoga anda berjaya....

1 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama