News Breaking
Live
wb_sunny

Breaking News

DIY Pintu Kabinet Dapur guna Rail Langsir

DIY Pintu Kabinet Dapur guna Rail Langsir

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


DIY Pintu Kabinet Dapur guna Rail Langsir | Tahun 2016,MF pindah menetap di rumah yang telah dibeli suami. Rumah tu suami beli sebelum kami bernikah... Alhamdulillah 5 tahun menetap di Kuala Lumpur, 2016 dapat pindah dan duduk di rumah sendiri.

Bila dah rumah sendiri, puas hati nak buat apa pun... Rumah kita kan... puas mendeko...

Pertama kali kami renovate sikit bahagian dapur... Banyak juga melabur... Dapatlah dapur yang luas sikit dan ada table top... Kira yang asas je lah...

Kabinet dapur dan pintu table top tak dapat nak buat memandangkan bajet tak cukup.

So, lopong lah bawah table top tu...

Tahun ke tahun, tak kisah la sangat... Tapi rasa semak juga mata ni...

Setahun lepas tu suami pasangkan langsir... DIY je langsir pintu yang lama, jadikan langsir table top dapur.

Tapi, masalah dia bila mudah kotor dan bertahi lalat... Lepas tu cicak bermaharajalela lah sebab senang dia nak masuk kelur dan bertenggek kat langsir bawah tu... Nampak kotor.

DIY Pintu Kabinet Dapur guna Rail Langsir


Survey harga Kabinet Dapur

Bila rasa semak mata mula lah survey harga kabinet pintu dapur bawah table top tu...

Dengan ukuran 12 kaki panjang x 8 kaki lebar berbentuk L, harga paling murah untuk buat pintu tu RM1800... Aduhh... boleh tahan juga harganya.

Bila musim PKP, idea nak mendeko tu datang kan.. So, MF cadangkan kat suami, kita DIY lah sendiri..

Cari idea dan bahan di Shopee

Bila dah decide nak DIY, mulalah kami sama-sama survey cari bahan nak buat kat Shopee je sebab musim PKP kan... Nak keluar cari bahan payah sikit. Kadang kedai hardware pun tak buka.

Mula nak buat guna arcalyc... Cari kat shopee takde pula saiz besar.

Cari pula aluminium, boleh tahan juga harga dia...

Lepas fikir punya fikir, suami dapat idea guna rail langsir. MF tak boleh nak bayangkan lagi macam mana. Tapi ikut je lah idea dia.

So, dapat dah idea untuk frame pintu, pintu tu mula nak buat guna playwood, tapi kayu kan... lama-lama reput. Tambah kalau kena air kan... dan boleh mengundang sarang semut. So, tak sesuai guna kayu.

Mula mencari idea untuk pintu guna bahan plastik.

Terus timbul idea, guna board plastik atau polycarbonate board. Ringan, plastik dan murah.

Terus beli kat Shopee... 2 keping dalam RM17 je... So, MF beli 4 keping.

Beli board plastik di sini: https://shp.ee/b2syhhb

Board ni berwarna warni, so, kami pilih warna kuning sebab nak match kan dengan warna dinding yang berwarna hijau kekuningan.

Buat rangka pintu kabinet dapur guna rail langsir

Sementara nak menanti order sampai, kami DIY dulu rangka guna rail langsir yang sedia ada. Tak beli pun, guna yang dah sedia ada beli tapi tak guna.

Tanggalkan roda rail langsir tu... potong ikut panjang kabinet dapur tu dan gam kan guna gam silikon.

DIY Pintu Kabinet Dapur guna Rail Langsir
Beli gam silikon kat sini: https://shp.ee/ufme4nb



Buat dua atas bawah untuk jadikan slide depan dan belakang.

Suami ada beli juga rail langsir warna hitam untuk nampakkan kekemasan frame di luar tu.

Elok sampai je, board plastik... Terus ukur dan potong.

Senang sebab plastikkan... ringan dan mudah nak buat.

Dah siap ukur, potong terus masukkan board tu dalam rail langsir tu... Terus jadi pintu sliding untuk kabinet dapur bawah sinki.

Siap satu part.

Pintu Kabinet Dapur bawah dapur

DIY Pintu Kabinet Dapur guna Rail Langsir


Selang seminggu, kami sambung lagi projek deko. Sebab memula tu memang testing je buat dulu... Nak tengok ok ke tak... jadi ke tak jadi kan...

Lepas siap... Terus nak kemas dan cantik... Tak nampak macam pakai board plastik pun.


So, untuk bahagian seterusnya, suami MF pula order lagi board tu 4 keping... Dan beli lagi rail langsir dan juga gam silikon tu...

Rail langsir kami beli kat kedai hardware dekat dengan rumah ni je sebab susah nak pos-pos kan...

Board dan gam tu beli kat shopee..

So, sementara tunggu board dan gam sampai, suami MF siapkan dulu frame atau bingkai.

DIY Pintu Kabinet Dapur guna Rail Langsir

DIY Pintu Kabinet Dapur guna Rail Langsir



Cara buatnya sama juga...

Buat frame dulu lepas tu baru buat pintu guna board plastik tu.

Tak lama ambil masanya.... Sebab just ukur, potong dan gam... Cuma buat pintu daun tu agak mencabar lah sikit ..

Cabaran siapkan Pintu Kabinet Dapur guna Rail Langsir

Cabaran dia ialah bila ukuran tak sama ..

Elok ukur dah sekali nak pasang tak masuk... Terlebih sini terkurang sana...

Sebab!

Sebab nya ialah tukang buat table top tu dulu asal boleh je... Tak ukur betul-betul... Ada senget .. jadi mencabar lah kat situ... Nak kena potong, grindder dan juga kena ketuk ..

Puas hati DIY sendiri Kabinet Dapur

DIY Pintu Kabinet Dapur guna Rail Langsir


Memang puas hati ... Buat sendiri... Walaupun tak nampak mahal .. tapi nampak kemas dah...

Tak serabut dah ..

Modal lebih kurang dalam RM300 lebih je lah untuk siapkan kabinet dapur guna rail langsir ni...

Kalau Korang kaki DIY dan cukup tool nak buat ... Memang jimat buat sendiri lah .. tapi kalau ada bajet .. tempah lah senang...

Apa pun... Ni just idea kami suami isteri untuk jimatkan kos... DIY sendiri...

Kalau nak tau lebih ... Suami MF ada buat video ringkas cara nak DIY Pintu Kabinet Dapur guna Rail Langsir ni ..

Boleh tengok video nya kat bawah ni MF sertakan sekali....



Semoga bermanfaat...

Tags

Newsletter Signup

Signup untuk dapatkan informasi terbaru dari mariafirdz.com.

6 Comments

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Menarik idea ni kak. Dapur kinah pun lompong nak buat macam ni kena buat tapak kat bawah dulu. Kontraktor dulu buat ikut dan dia je.

    BalasPadam
  2. idea menarik ni..jimat kos nak buat kabinet kan

    BalasPadam
  3. Kreatifnya.. tangan berseni ni, guna bahan dari apa pun jadi. Seronok tengok. Jimat pun jimat.

    BalasPadam
  4. Wah pandai DIY menjadi cantik...warna kuning pula tu terselah dapur nampak ceria.

    BalasPadam
  5. idea menarik ni, boleh cuba nnti.. colorful lgi tu.

    BalasPadam