بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
10 Sebab Laptop Jadi Slow | Letihnya buat kerja bila laptop slow... Tadi nak print kerja, time tu la dia nak hang, jem segala benda... berapa kali asyik nak kena restart program semula.
Laptop satu keperluan MF, memang susah kerja takde laptop. Kalau setakat kerja blog banyak guna mobile je, tapi ni kerja hakiki MF, memang kena guna laptop, PC atau netbook untuk buat kerja. Laptop yang slow ni buatkan kerja kita semuanya tergendala... Letih jadinya.
Kena tahu punca kenapa laptop kita slow supaya kita boleh atasinya dan lajukan laptop kita. Dan format laptop yang slow bukan jalan penyelesaian yang terbaik sebenarnya.
sumber: google images |
10 Sebab Laptop Jadi Slow yang based on pengalaman MF sendiri juga....
1. Processor bawah 2.0GHz
Yang ni memang favourite.
Cara nak check:
Pengguna windows.
A. Right click My Computer –> Properties
B. Tengok kat bahagian processor –> berapa GHz?
Pengguna Macbook.
A. Click logo Apple –> About this macbook
B. Tengok bahagian processor –> Berapa GHz?
Kalau atas 2.0 tapi still slow, ada masalah la tu
Kalau bawah 2.0, disarankan upgrade ram kepada maximum. Sekarang ni smartphone pun dah 6GB RAM nya kan... tak kan komputer/laptop 2.0 je...
2. Kipas laptop dah rosak (overheating)
Antara 1 sebab kenapa laptop overheat bila kipas dah tak function lagi.
Cara check, tak dengar bunyi kipas ATAU tak rasa angin keluar kat lubang (airflow) kat laptop. Rasanya nak kena hantar kedai la jawabnya, sebab laptop suami yang 8 tahun lebih usia dia tu, panas je... Tak pernah hantar repair pun.. rasanya ye juga kipas dia dah overheating.
3. Hard disk ada bad sector
Cara check, biasa boleh guna Hiren. Software ni ada tunjuk % health hard disk anda.
Kalau bawah 99% memang had disk ada masalah. Standard dah guna lebih 2 tahun, hard disk mula problem.
Cepat backup data kat external hard disk, takut total lost nanti (corrupt). Menangis tak berlaku kalau rosak...
4. Virus infected dekat file
Ni memang best! Virus tak kira masa bila nak infected kat laptop. Tambah kalau selalu buat kerja cucuk pendrive atau selalu online... Virus masuk bukan perasan pun. Tahu-tahu je asyik hang je laptop tu... Virus yang tak best bila file jadi shortcut, ada keluar shortcut (1,2,3,4) dan lain-lain lagi.
Sebelum scan laptop, tolong update dulu antivirus. Dah update, baru scan.
5. Banyak program yang di install (jadi berat / lag)
Kalau ada software-software yang tak guna atau jarang guna, uninstall je. Dulu install game, sekarang dah insaf.. hehe
6. Tak ada antivirus atau dah outdated
Bila ada masalah ni, tukar atau install antivirus baru.
Jangan sebab nak jimat duit, file-file habis tak dapat recover sebab virus. Tak berbaloi kan?
7. File TEMP yang terlalu besar (junk files)
A. Tekan Start –> Taip Run
B. Taip %TEMP% –> Enter
C. Select all semua file, kemudian delete.
Semua file dalam folder temp kebanyakkan sampah,boleh free space size HDD.
Delete semua tau. Sebab buat semak je space hard disk laptop je.
8. Spec laptop terlalu lama (dah lebih 5 tahun)
Memang lama pun, dah masuk 10 tahun dah... Sebab confirm processor pun yang lama punya.
Tapi selagi tak rosak, jangan tukar laptop lagi. Pakai selagi boleh pakai. Alhamdulillah, masih elok. Jadi, lembab pun masih boleh guna.
9. Banyak start up program running
Download CCleaner, software ni boleh disable atau delete terus startup program yang tak penting.
Bila banyak startup running, masa nak on laptop jadi SLOW. MF memang guna software ni dan memang banyak membantu.
10. RAM bawah 2GB
Cara check :
Pengguna Windows.
A. Right Click My Computer –> Properties
B. Tengok bahagian RAM –> Berapa GB?
Pengguna Macbook.
A. Click logo Apple –> About this macbook
B. Tengok bahagian RAM –> Berapa GB
Kalau bawah 2GB, tambah RAM untuk lajukan laptop anda.
Memang kena standby duit la nampaknya untuk tambah RAM ni...
Itulah 10 sebab yang dikenal pasti punca laptop jadi slow. Dan solusinya MF rasa, laptop MF ni adalah RAM dan kipas. Insha Allah, nak try la upgrade RAM yang besar sikit ..supaya senang nak buat kerja...
sekian, semoga bermanfaat.
Rujukan: frlaptopservice.com
Thanks for sharing .. :)
BalasPadamKinah punya laptop aritu pun rosak. Langsung tak boleh bukak window. Hantar kedai bila check masalah hard disk. Dah guna dekat 8 tahun tak pernah tukar. Yang baru ni dia tukar hard disk terbang RM150.00. Takpela yang penting boleh guna kan MF
BalasPadamTiba-tiba terikut step untuk buang sampah. Dah lama tak buat walaupun laptop ni takde lah berat sangat berbanding notebook dulu. Terima kasih atas perkongsian kak maria.
BalasPadamtq info. baru tau apa sebab lappy slow hihi
BalasPadambanyak sebabnya kenapa laptop slow..baru tahu
BalasPadamLaptop abe kie baru dua thn tp selalu hang. Nak buat kijo sek pun susah. Kena buang la program yg x perlu tu gamaknya....
BalasPadam