بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
7 Cara Jimat Minyak Bila Memandu Jauh | Jalan jauh, seronok... Memang seronok.. jauh perjalanan luas pemandangan. Tapi bila jalan jauh ni banyak benda nak kena fikir. Salah satunya ialah kos minyak.
MF boleh dikatakan paling kurang setahun dua kali jalan jauh. Iaitu perjalanan dari Utara ke Selatan. Maklumlah, kahwin dengan orang Kutub Selatan, dok di Kutub Selatan... Jadi sesekali la balik ke kampung di Kutub Utara.
Bila nak balik kampung tu, memang kena fikir kan kos minyak... Dengan zaman minyak mahal sekarang ni... Memang kena plan yang terbaik untuk save duit minyak.
Jadi, MF nak kongsikan 7 cara yang MF pernah buat untuk jimat duit minyak.
7 Cara Jimat Minyak Bila Memandu Jauh yang MF sendiri pernah praktikkan dari pengalaman MF sendiri dan MF kongsikan di sini untuk manfaat bersama.
1. Elak Kesesakan
MF biasa balik kampung diwaktu cuti yang memang ramai orang cuti. Iaitu cuti raya atau cuti sekolah. Waktu ni memang ramai orang balik kampung. Dan semestinya jalan akan sesak. Jadi, nak jimat minyak MF suami isteri akan plan untuk elak kesesakan jalanraya.Sumber: Google image |
Jalan sesak memang meningkatkan kos minyak.sebab tekan minyak sikit-sikit kan. Tekan lepas tekan lepas... Kalau kereta manual pun sama. Kerap tukar gear buatkan minyak tak jimat. Jadi, plan waktu yang terbaik untuk elak kesesakan jalan raya.
2. Jalan waktu malam
Biasa balik kampung MF akan balik malam menghala ke pagi... Gerak dari Johor biasanya waktu petang nak dekat maghrib dan akan sampai di Kedah seawal pagi.Sumber: Google images |
Jalan waktu malam dapat jimat minyak sebab gas atau wap minyak tu dapat dikurangkan.
3. Isi minyak penuh
Nak jimat minyak, sila isi minyak penuh betul sebelum mulakan perjalanan jauh. Kalau MF guna minyak Shell akan isi sekali lagi selepas isi penuh sebelum perjalanan. Dari Johor penuh dan sampai di Perak akan isi lagi sekali untuk sampai ke Kedah.4. Servis kenderaan
Servis kenderaan sebelum perjalanan. Terutamanya minyak pelincir atau minyak hitam. Kalau perlu tukar, lebih baik tukar. Pilih minyak pelincir yang sesuai dan terbaik untuk lebih jimat minyak. Perjalanan akan lebih lancar dan minyak pun boleh jimat.5. Kereta yang CC kecil
Gunalah kereta yang kecil kalau nak jimat minyak. Kereta besar, tangki minyak pun besar lah kan walaupun perjalanan tu sama je... Bukan tangki minyak je besar, kuasa CC yang besar pun akan guna minyak yang lebih juga. Sebab tu kalau nak pakai kereta besar poket pun besar juga lah.MF biasa balik naik Viva minyak dari Johor ke Kedah sehala lebih kurang RM120 dengan harga minyak sekarang la. Kalau Exora sehala je RM240... Memang tank besar dan CC pun besar juga...
6. Cara memandu yang stabil
Yang ni skil memandu... Tak ramai yang praktikkan atau mungkin juga tak tahu. Skil memandu dengan stabil dan smooth ... Patuhi had laju dan jaga jarak.Tujuannya, bila kita bawa dengan kelajuan yang stabil memang akan jimat minyak. Jika memandu, sekejap tekan minyak, sekejap tekan brek memang telan minyak kuat lagi jawabnya.
Sama juga bila kita bawa kereta dengan jarak kenderaan yang betul.. seperti yang kita belajar masa kelas memandu tu memang betul tu... Tujuannya selain untuk keselamatan, ianya untuk jimat minyak, bila kita follow kereta depan dengan dekat, bila kereta depan brek mengejut kita pun brek mengejut... Selalu amalkan boleh telan minyak la Dan cepat hauskan brek pad.
7. Naik kenderaan awam
Bagi yang baru kahwin, anak seorang atau orang bujang... Naik kenderaan lebih menjimatkan dari naik kereta sendiri.Kalau MF yang anak berderet ni tak sesuai sangat nak naik kenderaan awam sebab lebih dari kos minyak pula jawabnya.
Masa anak satu dulu pernah balik Kedah naik bas je... Murah je tambang dan memang jimat belanja.
Itu ajelah yang boleh dikongsikan yang pernah MF buat. Kesimpulannya, zaman minyak mahal ni memang kena plan betul-betul kalau nak jimat minyak. Semoga bermanfaat.
good tips..tq :)
BalasPadamtq
Padam