بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kenali Ciri-ciri Suami Nusyuz! | Nusyuz popular istilah ni bagi isteri. Tapi sejak kebelakangan ini, menjadi buah mulut netizen bab hukum isteri yang diceraikan sebab nusyuz.

Mudah betul suami istilahkan isterinya nusyuz kan... hmm.. Nampak sangat macam suami gila kuasa.

Tapi itulah, walaupun ada undang-undang pasal isteri nusyuz, suami pun tak terkecuali jika nusyuz.

Eh... nusyuz ni apa?

Senang kata, nusyuz ni adalah derhaka atau ingkar perintah.

Suami boleh memerintah isteri, sebab memang suami ada hak ke atas isteri. Isteri yang ingkar perintah suami dikira nusyuz.

Tapi, isteri tak boleh perintahkan suami kan... Jadi, macam mana wujud istilah suami nusyuz?

Ya, betul... Isteri tak boleh arahkan suami, tapi perintah kepada suami ialah Allah atau hukum Allah.

Suami yang langgar hukum/perintah Allah supaya berbuat baik, dan bertanggungjawab kepada isteri dan ahli keluarganya, ialah suami yang nusyuz.

Dalam perundangan syariah Islam, ada satu peruntukan khas bagi suami yang ingkar perintah ni..


Iaitu peruntukan seksyen 127 dan 128 yang menyebutkan:
“Seseorang yang menganiaya isterinya atau menipu harta isterinya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.”

Dan
“Seseorang yang tidak memberi keadilan sewajar kepada isterinya mengikut Hukum Syarak; adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.”

Bermaksud; bagi para isteri yang berhadapan dengan suami yang sengaja engkar atau enggan melaksanakan tanggungjawab yang patut sebagai seorang suami, boleh gunakan dua peruntukan ini untuk mengisytiharkan suami sebagai gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai suami atau nusyuz.

Jadi, isteri kena tahu bab nih... supaya boleh dakwa suami yang nusyuz di mahkamah.

Ok, apa pula ciri-ciri yang nusyuz?


Kenali Ciri-ciri Suami Nusyuz!

Dalam surah an-Nisa, ayat 128 Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan jika seorang wanita bimbang akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya maka tidak mengapa bagi kedua-duanya mengadakan sulh yang sebenar-benarnya dan sulh itu lebih baik (bagi mereka)”.

Menurut Imam Said Hawa dalam mentafsirkan ayat ini, nusyuz bagi seorang suami bermaksud:

1. Mengabaikan isteri dengan menghalang dirinya daripada isteri iaitu tidak menggaulinya atau tidak berkomunikasi dengannya);

2. Tidak memberi nafkah yang sewajarnya;

3. Menyakiti isteri dengan maki hamun atau memukulnya;

4. Kurang bercakap dan atau kurang bermesra dengan isteri disebabkan usianya yang telah tua, susuk tubuhnya yang tidak lagi menarik, buruk akhlak, jemu atau ingin mencari yang lain.

Al-Qurtubi pula dalam menjelaskan ayat yang sama, sekiranya isteri berpendapat suaminya bersikap nusyuz antaranya engkar dan menjauhkan diri atau i`eradh iaitu tidak bertegur sapa dan tidak bermesra, dia bolehlah menawarkan sulh (sebutan suluh) kepada suaminya. Sulh boleh berlaku melalui:

1. Tawaran isteri dengan menggugurkan sebahagian haknya sebagai ganti daripada dia diceraikan, atau;

2. Tawaran oleh suami untuk memberikan kepada isterinya kadar tertentu harta sebagai ganti dia melebihkan isteri lain, atau;

3. Isteri boleh memohon agar dia dilepaskan dengan baik jika si suami tidak mahu lagi melaksanakan hak si isteri dengan sebaiknya.

Isteri boleh ceraikan suami

Dalam syariat ditetapkan isteri juga boleh memohon pembubaran perkahwinan menggunakan fasakh sekiranya si suami bertindak nusyuz, seperti alasan yang ditetapkan menerusi peruntukan seksyen 52, Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah-wilayah Persekutuan memperuntukkan: seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang disenaraikan antaranya:

(a) Bahawa tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;

(b) Bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;

(c) Bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

(d) Bahawa suami menganiayainya, iaitu, antara lain:
(i) Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya; atau

(ii) Berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak; atau

(iii) Melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu daripada menggunakan haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu; atau

(iv) Jika dia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak Hukum Syarak.


Ilmu munakahat ni, masa belajar nak dapat sijil tak ramai beri perhatian... Bila jadi sesuatu isu baru buka google.

Sebab tu, MF pesan kat anak murid tingkatan 5, jangan dibuang buku nota pendidikan Islam, sebab dewasa nanti, boleh belek balik buku tu.. ada gunakan.

Semoga perkongsian ni, membuka mata dan hati wanita.

Wanita bukan lemah, tapi ada haknya.. Islam itu adil dan tidak menindas wanita.

Sekian... 

2 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. islam itu indah juga adil ... bukan isteri je kene patuh dan hormat suami tapi suami pun kene patuh dan hormati pada isteri... saling melengkapi dan tolak ansur

    BalasPadam
  2. Seandainya isteri nusyuz..kena lihat semula bagaimana suaminya..kalau suaminya sentiasa berbuat baik kepada isterinya inshaAllah kes nusyuz seorang isteri tidak timbul atau boleh dielakkan..kecuali kalau isteri itu sengaja memilih menjadi nusyuz.

    BalasPadam

Catat Komen

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama