11 jenis susu yang ibu bapa patut tahu sebelum beri anak minum

Maria Firdz
2
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

11 jenis susu yang ibu bapa patut tahu sebelum beri anak minum | Pernah baca beberapa viral di internet pasal susu yang sesuai di pasaran. Ada yang kata susu ni banyak gula, susu ni banyak perisa. Habisnya, ibu bapa pening nak pilih susu bagi anak minum.

Ok, tak payah pening... Meh kita baca dan kenali jenis susu yang ada dijual kat pasaran di Malaysia khasnya. Supaya lepas ni tak keliru lagi nak pilih susu yang bagus untuk anak.

11 jenis susu yang ibu bapa patut tahu sebelum beri anak minum


jenis susu, harga susu, susu untuk bayi, harga susu bayi, susu yang sesuai untuk bayi, susu formula untuk bayi

1. Susu Segar (Fresh Milk)

— Susu mentah yang dipasteurkan untuk bunuh kuman. Ia dijual dalam bentuk aslinya(cecair). Jika ia susu import, maka ia diimport dalam bentuk cecair. Oleh itu, harganya lebih mahal sedikit.

2. Susu Penuh Krim (Full Cream / Whole Milk) 

— Susu yang mengandungi komposisi lemak seperti susu segar iaitu sekitar 3.8%. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.

⚠️ Ada susu penuh krim yang diimport dalam bentuk tepung, kemudian dihidrasi kembali di kilang tempatan, menjadi susu cecair semula. Harganya lebih murah dari susu segar.

3. Susu Rendah Lemak (Low Fat Milk)

— Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 1.5% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.

4. Susu Skim (Skimmed Milk) 

— Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 0.15% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.

ℹ️ Macam mana lemak diasingkan daripada susu?
— Krim/Lemak Susu (milk fat) berketumpatan lebih rendah daripada jisim susu, maka ia akan terapung di bahagian atas. Lemak ini boleh diasingkan dengan mengautnya dari permukaan susu. Dalam industri, ia diasingkan menggunakan mesin sentrifugal.

5. Krim (Heavy Cream) 

— Lemak/krim susu yang diasingkan daripada susu asli. Heavy cream memiliki sehingga 40% kandungan lemak. Krim putar(whipping cream) pula mengandungi sekitar 30% lemak susu.

6. Susu Isian(Filled Milk)

jenis susu, harga susu, susu untuk bayi, harga susu bayi, susu yang sesuai untuk bayi, susu formula untuk bayi

—Susu yang lemaknya telah dibuang dan digantikan/disi pula dengan lemak sayuran(lazimnya sawit). Pendek kata, susu skim atau pepejal susu yang campur lemak sayuran. Lazimnya dijual dalam bentuk susu sejat atau serbuk

7. Susu Sejat (Evaporated Milk) 

— Susu asli penuh krim yang dipanaskan agar ia kandungan airnya tersejat dan menghasilkan susu yang lebih padat. Tiada tambahan gula dicampur kepada susu ini.

8. Susu Pekat Manis (Sweetened Condensed Milk) 

— Susu asli penuh krim yang ditambah gula, kemudian dipanaskan sehingga sebatian menjadi pekat dan terkaramel. Menatang ini lah yang banyak makan kaki rakyat Malaysia. Haha!

9. Susu Bukan Tenusu(Non Dairy Milk) 

jenis susu, harga susu, susu untuk bayi, harga susu bayi, susu yang sesuai untuk bayi, susu formula untuk bayi

Susu daripada sumber tumbuhan seperti soya, badam, santan, beras dan sebagainya. Ia biasanya digunakan oleh mereka yang alergi kepada susu, intoleran laktosa, atau vegan.

10. Susu Formula (Infant Formulated Milk) 

— Susu haiwan ternakan atau tumbuhan yang diubahsuai agar menyerupai komposisi dan nutrisi susu badan wanita. Regulasi ketat dikenakan bagi memastikan susu ini sihat dan selamat.

11. Krimer (Creamer) 

—Ia diperbuat daripada pepejal susu, minyak, air, gula/pemanis tiruan, emulsifier, penstabil dan pemekat. Ada yang tiada pepejal susu pun. Datang dalam bentuk cecair, ada serbuk. Pilihan yang tidak sihat.

Kredit: Telegram Channel Dr Kamarul

Susu yang terbaik bagi anak yang bawah 2 tahun ialah susu ibu... Usahalah bagi susu badan. Tapi kalau takde rezeki, bolehlah pilih susu yang sesuai untuk anak-anak kita...

MF sendiri pernah beri susu segar, susu soya dan susu formula biasa untuk anak-anak. Alhamdulillah.. semua perkembangannya ok dan memberangsangkan. Yang pasti susu ibu itu satu kemestian.


Sumber gambar: google images

Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. yg tak tahu hentam saja, ada yg tak sesuai sungguh utk bayi bwh setahun

    BalasPadam
  2. Belum lagu ibu bapa yang bagu je baby bawah setahun makan macam orang dewasa contohnya ayam goreng, kentang goreng, pau kukus, kek coklat dan macam-macam lagilah.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !