Rahsia Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Hari dengan JoyMix Awake!

Maria Firdz
1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Rahsia Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Hari dengan JoyMix Awake! | Kehidupan di zaman moden ni serba serbi nak cepat dan pantas. Jadi, kita kena hidup cergas bertenaga setiap hari.

MF dengan kerja, lepas tu uruskan anak-anak pula lepas kerja, memang struggle dan perlukan extra tenaga.

Kadang tu, nak tambah tenaga, terpaksa la ambil minuman bergula... sebab gula boleh bekalkan tenaga, tapi gula ni juga ada kesan jangka panjang juga kalau semua gula yang kita ambil tak bertukar kepada tenaga kan.

Mengenangkan kesan jangka panjang gula putih pada badan tu, MF mencari-cari solusi untuk bagi tenaga berpanjangan setiap hari.

Letih weyhh... Balik kerja, urus anak... bukan nak merungut... tapi itu tanggungjawab kan... Jadi, kena ada pembantu untuk kasi extra tenaga...

Dalam mencari tu, terjumpa JoyMix Awake... Baca dia punya review dan kelebihan tu macam menarik kan... Sebab dia ala-ala macam jus buah tapi dah diekstrak jadi serbuk...

Menarik!!!

Apa lagi, MF terus lah cuba...

Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Hari dengan JoyMix Awake!

Apa itu JoyMix Awake?

JoyMix Awake adalah minuman serbuk semula jadi yang di pack dengan kebaikan anggur keseluruhannya. Ia mengandungi ekstrak kulit anggur, isi anggur, dan biji. Anggur adalah buah berkhasiat yang kaya dengan Vitamin C dan antioksidan.

Buah anggur ni boleh membantu meningkatkan imuniti, mengurangkan radikal bebas, dan membuat kita tetap sihat bertenaga.. Insha Allah....


5 Kebaikan JoyMix Awake


1. Menambah tenaga dan menjadikan kita aktif

JoyMix Awake adalah minuman serbuk tenaga semula jadi yang membuat kita ada tenaga 5 jam ekstra... Power kan... Kira macam Boost kita punya tenaga... Tak mudah letih.. dan kekal cergas sepanjang hari walaupun kita sibuk dan bergerak aktif ke sana sini sepanjang hari. Mak-mak mesti perlukan sangat la jus sihat macam ni....




2. Meningkatkan Aliran Darah

JoyMix Awake meningkatkan aliran darah dengan melebarkan saluran darah. Ia berpotensi meningkatkan pengangkutan nutrien dan oksigen oleh darah. Bagi yang kurang darah, disyorkan juga nih... Mungkin boleh membantu...



3. Bebas Dari Kafein

JoyMix Awake bebas dari kafein. Ia tidak meningkatkan kadar pengepaman jantung manusia, tidak seperti kopi atau minuman tenaga yang mengandungi kafein.

Pengambilan kafein dalam jumlah yang tinggi dapat mengurangkan kadar aliran darah. Ia boleh menyebabkan komplikasi yang berkaitan dengan kesihatan dalam jangka masa panjang. Kerana bebas kafein, JoyMix Awake lebih selamat dan sihat daripada kopi atau minuman tenaga berkafein.

MF dah boleh beralih arah dah lepas ni... Tak perlu bergantung dengan kopi lagi untuk stay up berjaga dengan Faheem lepas ni.



4. Tanpa Gula Tambahan

Ia tidak mengandung gula tambahan dan dapat dimakan dengan selamat oleh orang-orang yang
berolahraga, peka terhadap kesihatan, atau menjalani diet yang ketat.

Rasa manis JoyMix ni original rasa anggur... rasa masam-masam manis... siap rasa original kulit anggur yang macam tajam dan nyeri berasid sikit kan ... macam anggur sebenar.



5. Kaya dengan Vitamin C

Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Hari dengan JoyMix Awake!

Setiap hidangan JoyMix Awake mempunyai 200mg Vitamin C. Ia lebih daripada jumlah harian yang disyorkan untuk orang dewasa (90mg) dan wanita yang menyusui (120g). JoyMix Awake meningkatkan imuniti  dan menjadikan kita sihat. Insha Allah... Jadi, tak perlu ambil lagi supplemen vitamin C yang lain lagi... Cukup dah dengan makan JoyMix Awake ni aje...


Siapa yang digalakkan ambil JoyMix Awake?


Individu Aktif 

JoyMix Awake bermanfaat bagi orang yang perlu bekerja berjam-jam lamanya atau melakukan aktiviti fizikal yang padat. Individu ini mungkin pemandu, pekerja pejabat, anggota polis, anggota bomba, doktor, dan penyedia perkhidmatan kesihatan. Juga sesuai sangat untuk cikgu macam MF juga... Sebab ingat cikgu dok diam??? Cikgu banyak bergerak ok... Tak dok diam..


Ahli Sukan

Ahli sukan dan atlet yang mengambil bahagian dalam maraton, berbasikal jarak jauh , atau aktiviti lain yang menuntut secara fizikal akan mendapati JoyMix Awake menjadi pengganti minuman kafein yang lebih sihat .


Cara pengambilan JoyMix Awake


Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Hari dengan JoyMix Awake!

JoyMix Awake senang dibawa dan senang diminum sebabnya ianya didatangkan dalam bentuk sachet kecil je... Senang bawa travel dan boleh diambil bila-bila masa dan dimana jua.

Cara nak minum mudah je...

  • Koyak je plastik sachet tu dan tuang serbuk tu dalam mulut. 
  • Biar larut dalam mulut... kemam dan telan perlahan-lahan... 


Kalau MF, terus minum air la sebab rasa masam-masam anggur tu kan... Memang terasa la macam kita makan anggur tu...

MF biasa ambil waktu pagi... sebab waktu malam MF ambil JoyMix HelloBong sebelum tidur.

Jadi, memang terbaiklah... dah dapat kurangkan ambil gula dan minum kopi... Menjadikan rutin hidup tu lebih cergas bertenaga sepanjang hari dengan JoyMix Awake.

Kalau korang nak tahu lebih bab JoyMix Awake ni... boleh rujuk website dan media sosial JoyMix.

Website :
www.joypremix.com

Instagram :
Joymixsb

Catat Ulasan

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Banyak juga ya benefit JoyMix ni :) Thanks for share sis hee.

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2020/08/koleksi-ebook-penulis-tempatan.html

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !