7 Sebab Kenapa Kena Amalkan Joymix Hello Bong, Saya dah rasai perubahannya!

Maria Firdz
1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


7 Sebab Kenapa Kena Amalkan Joymix Hello Bong, Saya dah rasai perubahannya! | Resdung satu masalah MF dan suami sejak sekian lama… Letih tau ada resdung ni…

Salah satu cara korang nak tau korang ada resdung ke tak… bangun pagi ada tak alami gatal hidung ke… bersin atau berkahak pada tekak…

Kalau ada tanda tu.. maknanya resdung la tu… Bahasa perubatan panggil Sinus… resdung tu bahasa kampung la….

Cara nak kurangkan resdung dengan berpantang… bab pantang makan ok lagi lah… tapi kalau pantang habuk, pantang cuaca camne nak berpantang nya kan…

Jadi, nak tak nak MF mencari supplemen yang sesuai. Ada juga terbaca, kalau penghidap resdung ni kena banyak ambil vitamin C…

Banyak produk vitamin C ada kat Malaysia ni… tablet, pil dan jenis rendam dalam air pun ada…

Cuma, MF tertarik dengan satu produk ni… vitamin C dia dalam bentuk serbuk dan dikatakan boleh bantu redakan resdung.

MF memang teruja la nak cuba… Jadi, MF cari di mana boleh dapatkan produk ni.

Dah terima produk ni, MF terus cuba… sebab senang sangat nak amalkan produk ni…

Eh… produk ni tu produk apa?

Haaa… ini MF nak cerita ni… produk ni nama dia Hello Bong… keluaran Joymix.

Nama macam pelik kan… tapi sebenarnya tak pelik… Hello Bong tu adalah sempena nama bahan utama produk ni… iaitu buah oren yang terbaik di Jeju Island. Nama dia Hallabong. Buah dia memang spesis buah oren dan buah-buah citrus lain… tapi buah ni rasa manis dan segar.

Korang boleh Google … buah ni memang popular di Korea… kalau siapa pernah pergi Korea tau lah kan…

Jadi, buah ni dijadikan ekstrak utama untuk produk Hello Bong ni…

Produk ni dalam bentuk sachet kecil… kecik je sekali makan… dijual sekotak… ada 30 sachet… ngam la sekali sehari.

Ok… satu lagi.. produk ni ada perakuan halal .. tu buatkan MF yakin dengan produk ni… mencari yang halal tu kan fardhu…


Kandungan

Selain buah Hallabong tu, ada sedikit campuran bahan-bahan lain untuk menjadikan produk ni lebih berkualiti dan bekesan untuk kesihatan badan. Antaranya Erythritol, Serbuk oren, Estrak curcuma longa dan Asid askorbik.

7 Sebab Kenapa Kena Amalkan Joymix Hello Bong



7 Sebab Kenapa Kena Amalkan Joymix Hello Bong, suplemen vitamin c, penawar resdung

Khasiat
Antara khasiat Hello Bong dari Joymix adalah untuk :

#1 Menghilangkan bau mulut

Serbuk dari Joymix Hello Bong ni sangat kuat bau dia.. bau oren yang segar. Jadi, memang buatkan mulut kita berbau wangi... Jadi, yang suka makan petai kan... boleh consume Joymix Hello Bong selepas makan... Hilang bau mulut dan buatkan kita bercakap dengan yakin!.


#2 Mengurangkan sakit sendi

Yang ni juga MF rasa perubahannya sejak amalkan Joymix Hello Bong ni. Sebelum ni MF mudah sangat sakit lutut dan betis sejak berat badan mudah naik. Tapi sejak amalkan Hello Bong ni, Alhamdulillah...dengan izin Allah dah reda rasa sakit tu walaupun banyak berjalan dan naik turun tangga setiap hari.


#3 Mengurangkan sakit otot

Sejak amalkan Hello Bong, MF terasa lain pada badan. Biasa mudah rasa lenguh dan sengal badan kalau over lasak waktu kerja… Tapi Alhamdulillah… rasa segar bertenaga bila amalkan Joymix Hello Bong ni…(dengan izin Allah la ye).


#4 Meningkatkan imunisasi badan

Oren Halla-bong dan Estrak Kunyit dikatakan mampu menyahkan radikal bebas yang berpunca daripada pencemaran udara,  pemakanan yang tak sihat atau asap rokok yang boleh menyebabkan kerosakan tisu dalam badan.


#5 Joymix Hello Bong mampu memulihkan penyakit dengan pantas.

Insha Allah dengan izin Allah… setiap penyakit ada penawarnya. Penawar dari alam semulajadi, inshaAllah ada kelebihanya dalam menyembuhkan sakit.


#6 Membantu mengurangkan resdung.

Yang ni memang MF sendiri dah rasainya… memang dah tak bersin dan berkahak bila bangun pagi sejak amalkan Hello Bong ni setiap hari. Nampak keberkesanannya walaupun baru consume 3 Hari. Nampak tak betapa excited nya MF nak kongsikan dengan korang kebaikan produk ni.


#7 Menyejukkan badan. 

Oleh sebab badan panas yang dipercayai akibat daripada makan makanan pedas, akan menyebabkan badan kita panas dan menjurus kepada sakit tekak dan ulcer mulut yang juga dikenali juga sebagai mata ikan. Jadi, amalkan Joymix Hello Bong ni dah cukup membantu menyejukkan badan. Tak perlu nak cari cincau dan buah-buah sejuk lain untuk redakan panas badan. Macam MF suka minum kopi, jadi Joymix ni boleh bantu redakan panas selepas minum kopi… Cuma MF tak lah ambil kopi dan joymix ni berturutan. Kalau pagi minum kopi, petang atau malam baru MF akan ambil Hello Bong ni.
7 Sebab Kenapa Kena Amalkan Joymix Hello Bong, suplemen vitamin c, penawar resdung

Khasiat lain:
• Mengurangkan rasa mabuk akibat minum alkohol
• Melindungi hati daripada rosak
• Mengelakkan penyakit kronik


Siapa yang dicadangkan untuk amalkan Joymix Hello Bong ni?

Hello Bong elok diamalkan oleh :

  1. Pesakit Arthritis. Arthritis ni terbahagi kepada 4 jenis iaitu :
    • Osteoarthritis yang biasanya dialami oleh orang tua iaitu sendi yang telah haus
    • Rheumatoid arthritis yang biasa dialami wanita kerana tindakan daya tahan yang bercelaru yang menyebabkan kekejangan di waktu pagi
    • Arthritis yang disebabkan jangkitan kuman yang boleh menyebabkan pesakit demam dan menggigil
    • Gout
  2. Mereka yang aktif terutamanya yang bersukan
  3. Mereka yang mementingkan kesihatan untuk meningkatkan imunisasi badan dan kekal sihat


Cara pengambilan Joymix Hello Bong

7 Sebab Kenapa Kena Amalkan Joymix Hello Bong, suplemen vitamin c, penawar resdung

MF amalkan setiap malam sebelum tidur. Sehari satu sachet… cukup dah untuk mencukupkan keperluan vitamin C pada badan setiap hari.

Caranya cukup mudah… tak payah bancuh ke apa… Koyak je sachet tu, dah terus tuang je dalam mulut… Kemam sampai habis serbuk tu larut dan telan… Lepas tu minum air.

Bagi MF, Joymix Hello BOng ni didatangkan dalam bentuk serbuk macam tu yang menyebabkan khasiatnya lebih mudah diserap oleh badan. Tu sebab khasiat tu kejap kita boleh rasa kat badan kita sendiri.


7 Sebab Kenapa Kena Amalkan Joymix Hello Bong, suplemen vitamin c, penawar resdung

Sangat disyorkan

MF memang dah fall in love dengan Joymix Hello Bong ni… Alhamdulillah… suami MF juga dah amalkan… kami kongsi bersama… Next time kena beli 2 kotak la ni… Suami MF suka Joymix Hello Bong ni… Rasa oren manis-manis masam … dan suami MF sendiri teruja bila baru sekali je dia ambil Hello Bong ni, terus dia rasa kurang rasa bersin dan kahak waktu pagi… Tu yang buatkan dia teruja.

Mudah bawa travel

Dan lagi satu, sebab dia bentuk sachet kecil tu kan… senang nak bawa travel… Jadi, takde alasan tak ambil vitamin C setiap hari kan… Cerita lebih pun tak best kalau korang sendiri tak cuba… Memang MF syorkan sangat dan nak korang cuba terutama mereka yang ada masalah kesihatan yang sama macam MF.

Pada yang berminat nak dapatkan Hello Bong dari Joymix ini boleh ke website atau sosial media diorang.

Website :
www.joypremix.com

Instagram :
Joymixsb

Catat Ulasan

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. packaging yg mudah nak amalkan. siapa ada masalah resdung boleh la cuba..mana thu sesuai kan. nice sharing

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !