GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

USTAZAH, MACAM MANA SUSU IBU TERJADI?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

USTAZAH, MACAM MANA SUSU IBU TERJADI? | MF tak rasa ini soalan sensitif, tapi satu pengetahuan sains yang berkaitan dengan aqidah Islam. 

Soalan ni pernah MF dapat masa ajar mata pelajaran agama. Nak jawab tak reti tapi MF minta diorang refer guru sains mereka. Persoalan juga? Macam mana susu ibu terjadi??? Bukan ada kilang susu pun.. kalau belah dada pun bukan ada susu, tapi darah... tapi bila bayi isap keluar susu, hebatkan Allah... 

Ini ceritanya macam mana susu ibu terjadi.

USTAZAH, MACAM MANA SUSU IBU TERJADI?

Bagaimana susu ibu terhasil?


Dalam setiap payudara terdapat kelenjar susu, iaitu organ yang menghasilkan susu badan. Kelenjar susu jugak terdapat tugas masing masing dalam penghasilan susu.

Alveoli adalah tempat untuk menghasilkan susu, Alveoli merupakan kelompok kelompok kantung kecil seperti buah anggur. 

Alveoli juga dikelilingi otot otot kecil yang menekannya untuk mengeluarkan susu masuk ke dalam duktul.

Duktul ialah salur salur kecil yang mengalirkan susu daripada alveoli ke dalam duktus susu utama.

Duktus Susu adalah jaringan rumit salur salur kecil yang membawa susu daripada duktul dan alveoli terus kepada bayi. Duktus susu sebagai penyedut-penyedut minuman kecil yang kesemua hujungnya terletak di puting payudara dan mengalirkan susu ke dalam mulut bayi.

Duktus ini membesar dan jumlahnya bertambah semasa hamil. Kira-kira sembilan duktus dalam setiap payudara menjelang masa mula menyusukan.


Ketika ibu sedang hamil, sesetengah ibu mungkin ternampak beberapa titik susu keluar daripada payudara. Pada trimester kedua lagi sistem pembuatan susu ibu telah bersedia. Disebabkan itulah ibu boleh menyusukan bayi walaupun bayi lahir pramatang.

Selepas bayi dilahirkan dan plasenta (uri) juga telah dikeluarkan, tahap hormon estrogen dan progesteron dalam badan mula jatuh. Ini memberi laluan kepada hormon prolaktin untuk dilepaskan daripada kelenjar pituitari yang terletak di dalam otak.

Hormon prolaktin pula memberi isyarat kepada badan supaya menghasilkan banyak susu untuk diberi kepada bayi. Prolaktin lah yang memberi ibu rasa lebih sifat keibuan dan sesetengah pakar memanggilnya hormon keibuan.
Diolah dari: BeautyHealth4U

Proses ini bukan sahaja terjadi pada manusia, tetapi haiwan mamalia yang lain. Hebat sungguh Allah ciptakan sesuatu kejadian tu kan... Sebab itulah setitis air susu ibu itu berharga dan tak mampu dibalas oleh si anak. Kerana itu, layaklah syurga itu dibawah telapak kaki ibu.

1Ulasan

  1. Subhanallah... memang hebat ciptaanNya sis... :) tak terfikir dek akal yg dangkal ni

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ