بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Cara Bayar Fidyah Online Seluruh Negeri di Malaysia | Dah nak puasa, pasti ada yang tak sempat nak puasa ganti habis. Terutama ibu-ibu yang keuzuran ataupun orang tua yang memang tak mampu puasa.
Jadi, golongan yang tak mampu puasa ganti habis, wajib bayar fidyah.
Sebelum tu, kita ulangkaji sikit.
Apa itu fidyah?
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada?) bulan Ramadhan.Hukum Fidyah
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.Jadi, bagaimana cara bayar fidyah?
Nak ikutkan mazhab fiqh dulu, wajib bagi beras atau makanan asasi setempat. Namun, seseuai dengan peredaran zaman, ulama putuskan fidyah boleh dibayar secara online.
Bagi negeri di Malaysia, kadarnya tidak sama setiap negeri.
Jadi, MF kongsikan kadar, cara bayar fidyah secara online bagi setiap negeri di Malaysia.
Cara Bayar Fidyah Online Seluruh Negeri di Malaysia |
Cara Bayar Fidyah Online Seluruh Negeri di Malaysia
Pilih ikut negeri masing-masing:1. Kedah:
Kadar : RM1.80Gandaan : (Pilihan atas kemampuan)
Kalkulator online & Bayaran online: http://www.maik.gov.my/e-fidyah/
2. Perlis:
Kadar : RM5.00Gandaan: Tiada gandaan
Kalkulator online : Tiada
Bayaran online : Tiada
Bayaran bank melalui Transfer
NOMBOR AKAUN: 090 100 1000 2497 BIMB
3. Pulau Pinang:
Kadar : RM1.75Gandaan : Ya
Kalkulator online : Ada
http://zakatpenang.com/zpp/ppzakat/fidyah.php
Bayaran Online✅
Melalui JomPAY:
https://bit.ly/2MmCJqe
4. Perak:
Kadar : RM1.80Gandaan ✅
Kalkulator Online ✔️
https://www.maiamp.gov.my/index.php/zakat/kalkulator-kiraan-fidyah.html
Pembayaran Sistem Online ❌
Pembayaran Bank Transfer ✅
No. Akaun: 08013010089671 [BIMB]
kewangan@maiamp.gov.my
5. Selangor:
Kadar : RM1.80Gandaan ❌
Kalkulator online ✅
https://www.zakatselangor.com.my/kalkulator-fidyah/
Pembayaran Online✅ https://fpx.zakatselangor.com.my/
6. Wilayah Persekutuan:
Kadar : RM4.00Gandaan ✅❌(Pilihan Ikut Kemampuan)
Kalkulator Online ✅
Pembayaran Online✅
https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/fidyah (Kira dan terus Bayar)
7. Negeri Sembilan:
Kadar : RM1.75Gandaan ✅ (Pilihan Gandaan berganda)
Kalkulator online ✅ https://www.pbmalns.gov.my/v1/web/fidyah.php
Pembayaran online ✅ www.zakatns2u.biz/fidyah
8. Melaka:
Kadar : RM1.80Gandaan✅
Kalkulator Online❌
Pembayaran Online ❌
9. Johor:
Kadar : RM1.75Gandaan ✅
Kalkulator Online✅
Pembayaran Online ✅
Melalui Mobile Apps (Android)
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.znn.efidyah
10. Pahang:
Kadar : RM1.75Gandaan ✅
Kalkulator Online ✅
http://new.zakatpahang.my/index.php/khidmat/kira-fidyah
Pembayaran online❌
11. Terengganu:
RM1.75Gandaan ✅
Kalkulator Online❌
Pembayaran Online❌
12. Kelantan:
Kadar : RM1.75Gandaan ✅
Kalkulator online✅
http://www.e-maik.my/v2/index.php/ms/e-perkhidmatan-kami/taksiran-fidyah-puasa
Pembayaran online❌
Pembayaran Bank Transfer✅
No akaun: BIMB 03018010165559
13. Sarawak:
Kadar : RM1.75Gandaan ✅
Kalkulator Online ✅
https://www.tbs.org.my/calc-fidyah/
Pembayaran online❌
14. Sabah:
Kadar : RM1.75Gandaan ✅
Kalkulator Online ✅
https://baitulmal.sabah.gov.my/kalkulatorFidyah1.php
Pembayaran online❌
Pembayaran Bank Transfer✅
No. akaun: 560148685147 (MAYBANK) atas nama Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah.
Kadar bayaran fidyah di atas ialah nilai bagi secupak beras. Di darabkan dengan jumlah hari yang kita tinggal.
Siapa yang kena bayar fidyah?
1) Wanita Hamil – wanita hamil yang risau akan kesihatan dan keselamatan kandungan sahaja.
“Tidak berpuasa kerana bimbang? akan keselamatan bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qada?) puasa yang ditinggalkan.?Jika telah tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah lagi kerana lewat menggantikan puasa”
2) Wanita hamil yang tidak berpuasa kerana bimbang kesihatan dirinya-
Hendaklah menggantikan puasa. Jika masih tidak diganti sehingga tiba Ramadan berikutnya barulah fidyah dikenakan kerana lewat menggantikan puasa.
3) Ibu yang menyusukan anaknya
4) Tidak mampu berpuasa kerana uzur (sakit)
orang yang sakit kuat seperti tiada harapan untuk sembuh,atau golongan tua yang tak mampu berpuasa atau keduanya sekali
5) Melambatkan ganti puasa
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada?) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
Sumber: Facebook JAKIM
tErima kasih mF share ni. ^^
BalasPadamNice sharing 🖤
BalasPadamBagus ada info macam ni.. Boleh update pembaca setiap masa..
BalasPadam