GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Penyelesaian Bagi Wanita Yang Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas Kerana Mengandung & Menyusukan Anak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Penyelesaian Bagi Wanita Yang Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas Kerana Mengandung & Menyusukan Anak! | Wanita masa mengandung syok pula terutama anak pertama... syok puasa penuh... tapi tak syok bila diuji dengan terpaksa tinggal...sebab alahan.. terpaksa tinggal puasa.. tak pun bersalin masa bulan puasa... bercinta tu nak ganti... elok nak ganti dan menyusu anak pula... dah tu mengandung lagi pula... berganda-ganda tu dugaannya tu kan.. jadi cmne tu???? 


Penyelesaian Bagi Wanita Yang Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas Kerana Mengandung & Menyusukan Anak!

ikuti penyelesaiannya menurut penerangan ustaz Salman Ali:

Tidak ada nas al-Qur’an dan al-Sunnah yang kuat (sahih) dan jelas (sarih) menyentuh tentang cara menggantikan puasa bagi perempuan yang meninggalkan puasa kerana sedang mengandung ataupun menyusukan anak.

Disebabkan itu, para ulama’ berbeza pandangan berkaitan tafsiran firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 184 yang bermaksud:

(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang terdaya berpuasa (lalu mereka meninggalkan puasa) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu), kalau kamu mengetahui.

Terdapat perbahasan terperinci berkaitan maksud ayat ini dikalangan ulama’ namun secara ringkasnya Ibn katsir mengambil pandangan beberapa sahabat seperti Ibn Mas’ud dan ibn Abbas dan merumuskan bahawa diperingkat permulaan disyariatkan puasa ramadhan, sesiapa dikalangan umat Islam yang mampu berpuasa diberi dua pilihan sama ada untuk berpuasa atau menggantikan puasa dengan membayar fidyah sahaja. Sebaliknya orang yang sakit ataupun bermusafir pula boleh berbuka pada bulan ramadhan dan menggantikannya pada selain bulan Ramadhan.

Selepas daripada itu Allah mewajibkan puasa untuk setiap orang yang mampu berpuasa(tidak sakit dan musafir) dan mereka tidak dibenarkan menggantikan puasa dengan membayar fidyah lagi.hukum musafir dan orang sakit dikekalkan seperti asal.

Kata Ibn Abbas sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:
َوَعَلَى الَّذِينَ يُطَوَّقُونَهُ فَلَا يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ
قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ لَيْسَتْ بِمَنْسُوخَةٍ هُوَ الشَّيْخُ الْكَبِيرُ وَالْمَرْأَةُ الْكَبِيرَةُ لَا يَسْتَطِيعَانِ أَنْ يَصُومَا فَيُطْعِمَانِ مَكَانَ كُلِّ يَوْمٍ مِسْكِينًا
Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa memberi makan seorang miskin.(Albaqarah:184)

Kata Ibn Abbas: Ayat ini tidak dimansukhkan.Mereka adalah orang tua lelaki dan perempuan yang tidak mempu berpuasa,maka hendaklah mereka memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan.

Ibn Abbas membacakan Ayat ini dengan perkataan  يُطَوَّقُونَهُ  dan bukannya يُطِيقُونَهُ
يُطِيقُونَهُ  beerti “mampu” (untuk berpuasa)
يُطَوَّقُونَهُ pula beerti “terpaksa bersusah-susahan” (untuk berpuasa).

Secara ringkasnya hukum yang dapat difahami dari perbahasan ini adalah:

Orang yang wajib ganti puasa

1) Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan disebabkan sakit ataupun bermusafir hendaklah menggantikan bilangan hari yang ditinggalkan pada bulan-bulan lain.

2) Orang tua dan uzur yang menghadapi kesusahan untuk menunaikan puasa Ramadhan boleh menggantikan puasa mereka dengan memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan.

Persoalan seterusnya adalah untuk merungkai perempuan yang meninggalkan puasa Ramadhan sebab mengandung ataupun menyusukan anak termasuk dalam ketegori yang mana?: orang sakit ataupun orang tua dan uzur?.

1) Imam al-Syafi’i dan Ahmad berpandangan bahawa orang yang meninggalkan puasa Ramadhan disebabkan mengandung ataupun sedang menyusukan anak hendaklah menggantikan bilangan puasa yang ditinggalkan disamping memberi makan orang miskin sebanyak hari yang ditinggalkan.Ini adalah jalan selamat dan keluar dari dengan menggabungkan kedua-dua keadaan (orang sakit dan musafir serta orang tua dan uzur)

2) Imam Ibn Hazm berpandangan bahawa perempuan yang meninggakan puasa disebabkan mengandung ataupun menyusukan anak tidak perlu menggantikan bilangan hari yang ditinggalkan dan tidak perlu juga memberi makan orang miskin kerana mereka tidak termasuk dalam ketegori yang diperintahkan untuk menggantikan puasa ataupun memberi makan orang miskin. (Al-Muhalla)

Kedua-dua pandangan ini adalah pendirian yang terlalu ketat dan terlalu longgar dalam mengeluarkan hukum dari nas.

Hukum bagi wanita mengandung dan menyusukan anak

Pandangan yang pertengahan adalah menyamakan hukum perempuan mengandung ataupun menyusukan anak dengan salah satu diantara orang sakit ataupun orang tua yang uzur.

1) al-Hasan al-Basri, ’Ata bin Rabah ,al-Dahhak, al-Nakha’I dan al-Zuhri berpandangan bahawa perempuan mengandung atau yang menyusukan anak hanya perlu menggantikan puasa tanpa memberi makan orang miskin. (Tafsir al-Qurtubi)

2) Ibn Abbas berpandangan bahawa mereka hanya diwajibkan memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan tanpa perlu menggantikan puasa (R.al-Daraqutni dengan sanad yang sahih)

Saya berpandangan bahawa dalam bab ini, pandangan yang paling kuat adalah pandangan Ibn Abbas iaitu perempuan yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana mengandung ataupun menyusukan anak hanya perlu memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan tanpa perlu menggantikan puasa atas alasan berikut:

1) Jika orang tua dan uzur yang meninggalkan puasa kerana kemudharatan diri sendiri dibenarkan sekadar membayar fidyah, sepatutnya ibu mengandung dan menyusukan anak lebih patut kerana mereka meninggalkan puasa kerana kemudaratan orang lain.

2) Bagi perempuan yang meninggalkan puasa untuk tempoh yang panjang kerana mengandung atau menyusukan anak, adalah sesuatu yang sukar bagi kebanyakan mereka menggantikan kesemua bilangan hari yang telah ditinggalkan.

3)Berpegang dengan hadith sahih riwayat al-Bukhari “Permudahkanlah dan janganlah kamu menyusahkan”
Sumber: Facebook Salman Ali


Jadi bagi MF sendiri akan bayar fidyah dan juga qada'... walaupun ustaz ni kata boleh sahaja nak bayar fidyah... untuk cover kedua-duanya... kerana puasa tu wajib bila tak buat kira hutang... hutang dengan manusia wajib dibayar apatah lagi dengan Allah kan... bayar lah lebih moga dapat juga cover yang mana kurang...

Apa pun fidyah ni sebaiknya bayar guna beras ... dan baiknya bayar sendiri kepada orang miskin tersebut... tapi kalau tak dapat... boleh bayar guna duit tapi dengan akad dan kepada orang miskin yang kita sedia maklum... Wallahu'alam... 

3Ulasan

  1. Allahuakbar.. Moga lea boleh puasa penuh tahun ni.. Moga jugak larat berpuasa.. :)

    BalasPadam
  2. harapnya dapat puasa penuh la tahun ni..

    BalasPadam
  3. kalau mama sendiri pun akan byr fidyah dan juga qada.. sebab kita mampu nak qada selepas tu kan

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ