div id='header-inner'>

Cara betul guna hand sanitizer

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara betul guna hand sanitizer | Musim virus ni, semua alat untuk nyah kuman dan bakteria memang sold out. Salah satunya hand sanitizer.

MF pernah beli kat shopee, kalau jenama Dettol memang tak payah carilah... Takde jual dah... Terpaksa la beli jenama lain.

Antaranya MF beli jenama Antabax dan Follow Me.

Dan di kesempatan musim ni, ramailah pengeluar keluarkan hand sanitizer. Yang tak pernah keluarkan pun, ada keluarkan produk ni.

Apa pun, pilihlah hand sanitizer yang kurang kandungan alkoholnya. Sebab kalau lebih 60% boleh menyebabkan kulit kering dan sesetengahnya akan menyebabakan alahan atau iritasi.

Walaupun ramai beli, tapi belum tentu ramai yang tahu guna dengan cara yang betul.

So, MF nak kongsikan cara betul guna hand sanitizer.

Cara betul guna "hand sanitizer"

Ada 7 langkah guna hand sanitizer. 

Boleh rujuk gambar rajah di bawah cara untuk guna hand sanitizer. 

Cara betul guna "hand sanitizer"

Sebenarnya, kita perlu gosok hand sanitizer pada tangan sekurang-kurangnya 4 minit, hingga ia meresap betul pada kulit kita... 

Sebab virus atau bakteria masih boleh berjangkit kalau tangan kita masih lembab walaupun guna hand sanitiser. 

Hand sanitiser bukan langkah utama basmi kuman. 

Cara terbaik ialah dengan amalkan basuh tangan dengan cara yang betul. 

Amalkan 7 langkah basuh tangan dengan betul.

Cara betul guna "hand sanitizer"

Berapa lama nak basuh tangan hingga betul-betul bersih?

Lebih kurang 20 saat atau 2 kali ulang lagi happy birthday. 
So, lepas ni boleh amalkan basuh tangan sambil nyanyi... hehe... 

Catat Komen

2 Ulasan

  1. semoga Allah Taala jauhkan kita daripada penularan wabak penyakit sekarang ni. aamiin

    BalasPadam
  2. take care kak. jangan lupa spare hand hanitizer tau ..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)