Tak salah sesekali tahan lapar, ini kelebihannya!

Maria Firdz
4
Tak salah sesekali tahan lapar, ini kelebihannya! | Bulan puasa semakin hampir... kini Rejab yang digalakan berpuasa padanya... Kenapa kena puasa... Sebenarnya Allah bukan suruh kita saja-saja berlapar.. tapi ada kelebihannya.. Jom baca, antara kelebihan dan manfaat lapar...

punca lapar


Manfaat lapar

1. Menjernihkan hati, mencerdikkan otak serta menerangi penglihatan hati

2. Melembutkan hati yang membolehkan ia dapat merasai kelazatan pengaruh zikir kerana apabila perut kosong boleh menghilangkan kekerasan hati yang menyebabkan zikir dilidah terus meresap dihati yang lembut tanpa ada halangan lagi

3. Merasa kalah dan hina serta menghilangkan perasaan bongkak, terlalu gembira dan kufur nikmat di mana semua sifat tercela ini menjadi penyebab kepada penyimpangan dan kelalaian daripada mensyukuri nikmat Allah.

4. Sentiasa ingat kepada bala Allah di dunia dan siksaanNya di akhirat apabila merasai sendiri bagaimana peritnya lapar

5. Mematahkan keinginan nafsu serta menguasainya daripada melakukan maksiat kerana bahan yang menguat dan menambah keinginan nafsu kebanyakannya berasal daripada makanan

[Baca] 5 sebab kenapa asyik rasa lapar je. No. 5 tu punca utamanya.

6. Mengurangkan tidur dan memudahkan untuk berjaga terutama dalam berbuat ibadat

7. Memudahkan diri untuk menumpukan perhatian dalam beribadat kerana tidak banyak masa dihabiskan untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan makanan

8. Dapat menjaga kesihatan dan selamat daripada pelbagai penyakit yang terbit daripada banyak makan

9. Jimat dalam perbelanjaan harian apabila tidak banyak wang dihabiskan untuk membeli banyak makanan

10. Membolehkan dia mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri melalui sedangkan kerana orang lapar lebih memahami masalah dan penderitaan orang lain.



sumber: https://www.facebook.com/


Nota Ungu: Banyakkan hikmah lapar... cuba renungkan, bila kita puasa, kita jadi relax.. x yah nak pikir nak masak apa, nak makan apa.. berbanding bulan tak puasa.. perut kita ibarat mesin, kena gak rehat... mcm kita lah.. keje kna de cuti kan.. Allah tahu yg terbaik untuk hamba-Nya, apa yg Dia perintahkan, pasti kelebihannya untuk kita pasti ada... renung2kan dan selamat beramal... 

Catat Ulasan

4Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. betul3, banyak hikmah yg kita dpt bila berpuasa

    BalasPadam
  2. terima kasih kak share ilmu2 agama ni.. InsyaAllah, mari kita amalkan.. =)

    BalasPadam
  3. betul tu, bila sebelum puasa ni kita cuba-cuba puasa sementara nak biasakan perut berlapar supaya time bulan puasa nanti no hal punya

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !