Recents in Beach

Resepi: Jus Sejuta Minda

Kerapkah anda minum jus? Jika tidak, anda patut ubahnya. Ini kerana jus mempunyai banyak khasiat yang baik untuk tubuh dan juga minda. Bagi pelajar-pelajar sekalian, kami ada resipi berbuka berkhasiat untuk minda anda. Apa yang diperlukan hanya badam, kismis, kurma, barli dan madu. Selain mudah didapati, ia tidaklah mahal malah boleh disimpan lama.

Bahan-bahan:
1200 ml air barli
1 genggam buah kurma yang telah direndam
1 genggam badam yang telah dibakar
2 sudu kismis
1 sudu madu

Cara membuat:
Campurkan kesemua bahan kering bersama air barli ke dalam pengisar. Jika suka sejuk, simpan di dalam peti ais sebelum minum. Jus penuh khasiat ini sangat mengenyangkan dan baik untuk kulit. Anda boleh amalkan sebagai minuman harian untuk minda anda. Cubalah!

TIP:
Badam telah diambil oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan & India, beribu tahun dahulu bagi tujuan merangsang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Quran, Hadis dan pelbagai ilmu.

Kismis merupakan "manisan" asli ciptaan Allah swt yang tidak mengandungi kolesterol, lemak dan rendah kandungan garam. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi.

Serat daripada barli berkesan untuk merendahkan kolesterol di dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli penting bagi memastikan usus berfungsi dengan baik. Meminum air barli mampu menyejukkan badan sekiranya anda mula diserang demam.

Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Madu juga membantu mengubati batuk pada malam hari.


Nota Ungu: Jus ni sesuai untuk semua, kanak-kanak dan dewasa... Mungkin boleh jadi jus untuk berbuka dan bersahur... Untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan sesuai amalkan jus ni... Sesuai juga untuk ibu hamil dan menyusukan untuk kesihatan minda anak-anak.. dan untuk ibu lepas bersalin pun sesuai sebab ibu lepas bersalin selalu lupa kan... Jom cuba!!!


autopublish entry

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Kita pun sekarang ni dok paksa diri ambil jus kurma/oats/madu everyday..memang best..nanti boleh tambah badam and kismis..lengkap..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^