GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ini dia 7 simpanan tetap yang perlu ada bagi setiap orang Islam!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Simpanan Tetap Seorang Muslim | Dizaman ini orang pakat nak kumpul aset untuk bekalan pada masa akan datang. 

Antara yang popular ialah emas lah yang orang pakat berlumba simpan sekarang ni. 

Tapi sebenarnya, harta dunia tak kan kekal kita simpan. Sebagai muslim harta akhirat kita kena utamakan. 

Disebut oleh nabi Muhammad s.a.w iaitu simpanan tetap sebagai seorang Islam dalam satu hadis sahih, iaitu.



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لِابْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya antara perkara yang akan mengikut orang-orang mukmin dari segi amalan dan kebajikannya sesudah mati antaranya Ilmu (berguna) yang diajar dan disebarkan, atau anak yang soleh yang ditinggalkan (memohon istighfar dan berdoa untuknya), atau al-Quran diwariskan, atau masjid yang ia bina, atau rumah yang ia bina untuk ibnu sabil, atau sungai yang ia alirkan (untuk orang lain), atau sedekah yang ia keluarkan dari harta miliknya pada masa ia sihat dan masa hidupnya, semuanya akan mengiringinya setelah meninggal" (HR Ibnu Majah No: 238) Status: Hadis Hasan.

Ini dia 7 simpanan tetap yang perlu ada bagi setiap orang Islam!

Ini dia 7 simpanan tetap yang perlu ada bagi setiap orang Islam! 


Amalan seorang Mukmin yang akan berterusan ganjaran pahalanya walaupun pemiliknya telah meninggal dunia antaranya:

1. Ilmu yang bermanfaat  

Ilmu berguna dan bermanfaat yang diajar dan disebarkan kepada orang lain: melalui lisan seperti ceramah juga tulisan dalam bentuk buku, artikel, jurnal, termasuk dalam bentuk e-book, dalam FB, Laman Sesawang mahupun telegram dan whatsapp.

2.  Anak soleh/solehah

Anak solleh yang mendoakan dan memohon keampunan untuknya

3.  Al-Quran 

Al-Quran yang diwariskan berbentuk mushaf atau yang diajar

4.  Bina masjid

Masjid yang dibina. Nak bina seorang mungkin tak mampu, tapi sedekah atau wakaf untuk pembinaan masjid itu satu pelaburan akhirat yang berterusan.

5. Rumah untuk musafir  

Rumah yang dibangunkan untuk musafir yang terputus bekalan. Boleh juga seperti homestay atau hotel dengan harga yang berpatutan untuk musafir atau backpaker... Banyak pahala, jika kita buat homestay atau hotel dengan niat untuk membantu musafir.

6.  Sungai

Sungai yang dibina untuk manfaat manusia dan makhluk lain

7.  Sedekah

Sedekah yang kita lakukan ke atas harta semasa kita sihat dan semasa hidup sama ada dalam bentuk wakaf, derma, mahupun sedekah.

Jom berusaha melakukan amal solleh antaranya ilmu berguna yang diajar dan disebarkan - agar ia menjadi simpanan tetap yang faedah keuntungannya akan berterusan walaupun kita telah meninggal dunia.

Kredit : telegram.me/hadisharian_ikram

 Tujuh simpanan ni kalau ada, kitalah orang paling kaya di akhirat. Nampak miskin di dunia tapi kaya di akhirat. 

2Ulasan

  1. terima kasih atas perkongsian. inshaAllah semoga azam kita tahun 2020 akan menyalurkan lebih banyak simpanan pahala kepada kita. aamiin

    BalasPadam
  2. perkongsian yang bermanfaat. terima kasih.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ