بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
6 Nasihat Untuk Isteri Yang Nak Kaya | Umamah binti al-Haris menemui puterinya lalu berpesan kepadanya dengan suatu pesan yang menjelaskan dasar-dasar kehidupan yang bahagia dan kewajipannya terhadap suami yang patut menjadi ikutan bagi para-para isteri
Ia berpesan:
Peliharalah untuknya 6 perkara, nescaya ini akan menjadi kekayaan bagimu.
Ia berpesan:
Peliharalah untuknya 6 perkara, nescaya ini akan menjadi kekayaan bagimu.
1. Merasa cukup
Tunduk kepadanya dengan qana’ah (merasa cukup), serta mendengar dan patuh kepadanya sepanjang masa
2. Jaga Mata dan hidung
Memperhatikan mata dan hidungnya. Jangan sampai matanya melihat suatu keburukan darimu dan jangan sampai mencium darimu kecuali aroma yang paling harum.
3. Jaga tidur dan makan
Memperhatikan tidur dan makannya, kerana terlambat makan akan membuat hatinya bergejolak dan menggagalkan tidur itu membuat ia marah.
4. Jaga harta dan keluarga
Menjaga hartanya dan memelihara keluarga dan kerabatnya. Inti perkara berkenaan dengan harta ialah menghargainya dengan baik, sedangkan berkenaan dengan keluarga ialah mengaturnya dengan baik.
5. Jaga rahsia
Jangan menentang perintahnya dan jangan menyebarkan rahsianya kerana jika engkau menyelisihi perintahnya, maka hatinya menjadi kesal dan jika engkau menyebarkan rahsianya, maka engkau tidak merasa aman terhadap pengkhianatannya.
6. Jaga emosi
Janganlah engkau bergembira di hadapannya ketika dia bersedih dan jangan pula bersedih di hadapannya ketika dia bergembira
Sumber: Telegram Channel
Inilah wanita yang kaya dan betul-betul kaya... mereka kaya di akhirat sana dan boleh pintu syurga yang disediakan... Memang hebat betul wanita yang dapat ikut 6 nasihat..
Terima kasih atas perkongsian...
BalasPadaminsyaallah
BalasPadam