GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara tanam bayam brazil, Seronok!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Seronok Tanam Bayam Brazil, Dah 2 Kali Dapat Petik | Bayam brazil pernah jadi tumbuhan yang viral tahun lepas. Sana sini dok cerita pasal sayuran ni.

MF masa tu tak berkesempatan nak mencari pun pokok ni... Hingga satu hari tu, ternampak pokok ni hidup segar kat kedai jual anak pokok...

MF terus beli... sepasu RM10... daunnya dah rimbun...

Beli, bawa balik dan biar ke kat tepi rumah...

Cara tanam bayam brazil,

Cara tanam bayam brazil, Seronok!

Hujung minggu baru petik... ambil daunnya untuk masak... Batangnya MF rendam dalam air... Dalam masa 3 hari dah tumbuh akar baru.

Terus, minta suami belikan tanah lagi... Semai pula yang dah berakar tu dalam pasu lain...

Dan Alhamdulillah... hidup segar dan subur...

Cara tanam bayam brazil, Seronok!

Semalam, yang MF semai tu dah pun kena tuai juga... dah selamat buat masak pun...

Memang senang hidup pokok ni, patutlah jadi viral...

Daunnya MF tak pernah buat ulam, walaupun ada kata boleh buat ulam... MF buat sayur goreng je... pun sedap juga...

Daunnya hijau dan segar tu buatkan rasa seronok tengok...

Setakat ni ada 4 pasu dah pokok bayam ni... Lepas ni makin bertambah... insha Allah...

Tanam pokok pun seronok.. hilang stress dan penat.... 

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ