بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
13 Kegunaan Cuka Masakan Yang Mungkin Kita Tak Tahu | Selain digunakan untuk menambah rasa sedap pada masakan, cuka juga dapat digunakan untuk mengatasi berbagai macam kegunaan.
Cuka boleh digunakan sebagai pembersih atau pencuci yang berkesan untuk menghapuskan bakteria berikutan paras asid yang terkandung di dalamnya.
Membersih menggunakan cuka adalah kaedah bijak untuk mengelak penggunaan bahan kimia selain ia mesra alam dan menjimatkan.
13 Kegunaan Cuka Masakan Yang Mungkin Kita Tak Tahu
1. Kilatkan dapur
Buat sendiri bahan pencuci dengan mencampurkan 1/4 cawan soda bikarbonat, 1 sudu cecair pencuci dan cuka. Bersihkan permukaan dapur menggunakan bahan tersebut.2. Bersihkan dan harumkan tong sampah
Bersih dan harumkan tong sampah dengan campuran 1/2 cawan soda bikarbonat dan cuka. Biarkan selama lima minit dan curahkan air panas.3. Bersihkan microwave
Bersihkan ketuhar gelombang dengan campuran 1/2 cawan cuka dan 1/2 cawan air. Didihkan campuran tersebut dalam ketuhar gelombang, memudahkan kekotoran yang melekat tanggal dan menghilangkan bau.4. Kilatkan perkakas kaca yang kusam
Untuk perkakasan kaca yang kusam, rendam tisu dapur atau kain pengelap di dalam cuka, kemudian balut kertas atau kain tersebut pada perkakasan. Biarkan seketika sebelum dibilas sehingga bersih.5. Hilangkan kotoran pada teko.
Hilangkan kesan kekotoran pada teko dengan campuran 1/2 cawan cuka dan air, biarkan semalaman. Untuk mendapatkan kesan lebih drastik didihkan cuka dengan air di dalam teko tersebut beberapa minit. Biarkan sejuk dan bilas.6. Hilangkan kesan kopi.
Hilangkan kesan kopi pada cawan. Caranya gosok garam atau soda bikarbonat bersama cuka pada cawan tersebut dan bilas bersih.7. Hilangkan kesan hitam pada bekas aluminium.
Hilangkan kesan hitam pada teko aluminium dengan didihkan campuran 1 cawan cuka dan 1 cawan air panas.8. Elakkan semut
Gunakan semburan cuka untuk elak semut di kawasan luar rumah terutama berhampiran jajaran pintu dan tingkap.9. Hilangkan bau makanan lama di dalam peti sejuk.
Hilangkan bau akibat makanan lama dalam peti sejuk. Mula-mula bersihkan bahagian yang berkenaan dengan sabun dan air. Sembur di bahagian permulaan dengan cuka dan lap dengan kain. Isi soda bikarbonat dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk. Biarkan beberapa hari.[Baca] Cara hilangkan bau peti sejuk
10. Bersihkan perkakas membakar.
Untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan perkakasan membakar, semburkan campuran cuka dan air di atas permukaan.11. Harumkan tandas
Harumkan tandas anda dengan memasukkan tiga cawan cuka ke dalam mangkuk tandas kira-kira setengah jam, kemudian pam tandas.12. Bersihkan mangkuk tandas.
Untuk menjadikan mangkuk tandas bersinar, tuangkan secawan atau lebih cuka yang dicampur air, biarkan beberapa jam atau semalaman, bersihkan menggunakan berus tandas dan bilas.13. Bersihkan permaidani
Tanda pada permaidani boleh dihilangkan dengan campiran dua sudu cuka dan 1/4 cawan garam atau soda bikarbonat. Gosok bahan tersebut pada kesan kotoran dan keringkan.Tambahan, cuka juga boleh memutihkan kotoran pada baju putih. Dengan cara rendam pakaian dengan serbuk pencuci dan air panas ditambah dengan sedikit cuka.
Cara ni lebih selamat dari guna peluntur yang sangat bahaya kerana kandungan bahan kimia yang mudah meruap dan menyebabkan pelbagai masalah penafasan.
Sekian, semoga bermanfaat.
nk try la cuci karpet dgn cuka..mcm2 bau dh ada tu
BalasPadamBanyak lagi kegunaan cuka ye. Biasa letak dalam botol spray dan spray untuk hilangkan bau atau halau semut je.
BalasPadam