Breaking News

Januari 14, 2019

7 Cara Hilangkan Bau Peti Sejuk, Guna Barang Dapur Je...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

7 Cara Hilangkan Bau Peti Sejuk, Guna Barang Dapur Je... | Peti sejuk berbau, menyebabkan satu dapur rasa tak selesa. Memang kena sentiasa wangi dan bersih.

Tapi main dengan macam-macam campak dalam peti sejuk tu kan, kadang mengundang bau yang tak best.

Kadang tu, sampai melekat bau tu kat makanan yang kita simpan dalam peti sejuk. Tak best jadinya.

Ada beberapa petua untuk atas bau peti sejuk ni... Tak susah... guna barang dapur aje.

7 Cara Hilangkan Bau Peti Sejuk, Guna Barang Dapur Je...


7 Cara Hilangkan Bau Peti Sejuk
Sumber: google images

1. SERBUK PENAIK / BAKING SODA

Tabur serbuk penaik atas dulang / piring kecil dan masukkannya dalam peti sejuk. Kemudian tutup pintu sehingga bau busuk hilang.

Selepas itu masukkan semula barang dalam peti sejuk dan letakkan juga sekotak serbuk penaik di dalamnya. Buka sikit penutup supaya soda tu dapat menyerap segala bau yang kurang menyenangkan.


2. CUKA PUTIH

Masukkan cuka putih dalam bekas terbuka dan letakkan dalam peti sejuk. Ia akan menyerap segala bau yang kurang enak dalam peti sejuk.

Untuk mewangikan lagi, perahkan sebiji lemon ke dalam larutan cuka tersebut dan lap bahagian dalam peti sejuk dengan campuran kedua-dua bahan ini.


3. OAT

Oat juga boleh menyerap bauan yang tidak enak dalam peti sejuk. Masukkan sedikit oat dalam bekas dan letakkannya dalam peti sejuk.

Lepas beberapa ketika pasti akan mendapati peti sejuk kurang berbau.



4. SERBUK KOPI / TEH

Gunakan uncang teh atau kopi dan letakkan dalam peti sejuk. Jika tiada yang jenis uncang, tabur serbuk kopi / teh di atas dulang dan letakkannya dalam peti sejuk.

Sekelip mata bau kopi yang semerbak akan menguasai peti sejuk.
ni, cara pantas nak atasi bau peti sejuk.

5. ARANG

Masukkan arang kecil ke dalam bekas ‘tupperware’ dan letakkan dalam peti sejuk.

Apabila letakkannya dalam peti sejuk, laraskan suhu dalam peti sejuk kepada yang rendah dan tutup pintu beberapa hari.

Tapi susah juga nak cari arang, kalau jual kat kedai tu banyak kan... Tapi boleh je nak cuba kalau try cara lain tak berkesan.



6. ROTI

Roti boleh digunakan sebagai penyerap bau yang kurang enak dalam peti sejuk. Letakkan sekeping dua roti dalam peti sejuk dan tinggalkan sehingga roti tersebut menjadi kering. Jika masih berbau, boleh gantikan dengan roti yang baru sehingga baunya hilang.

Jadi, roti lebih jangan buang. Ni lah manfaatnya.


7. ESEN VANILA

Ambil sebesen kecil air dan titikkan 3-4 titis esen vanila ke dalamnya. Kemudian, ambil tuala bersih dan celupkan pada air ini untuk mengelap ruang dalam peti ais anda. Memang harum!

Ni kalau masa nak bersihkan dan lapkan peti sejuk, boleh guna cara ni...

Olahan sumber: Internet

Kena pastikan peti sejuk sentiasa bersih dan wangi sebab macam-macam bakteria ada...

Kalau letak makanan, jangan biarkan terdedah... letak dalam bekas kedap udara, baru masukkan dalam peti sejuk. Tahan lama, dan segar serta tak berbau. 

4 ulasan:

  1. wahh menarik tips-tips ni. boleh diguna nanti. jemput singgah ke blog saya
    https://nurulnajihah38.blogspot.com/2019/01/new-year-new-goals-i-2019.html

    BalasPadam
  2. terima kasih atas perkongsian :)

    https://aerillhassan.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. terbaek. terima kasih di atas perkongsian :)

    BalasPadam
  4. Thank you for sharing tips. semua bahan yang mudah2..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^