GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tips Menjemput Rezeki, Buat 6 perkara ni dalam rumah je...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tips Menjemput Rezeki, Buat 6 perkara ni dalam rumah je... | Rezeki, siapa tak suka kan. Cuma, bila sebut rezeki yang terlintas dalam otak kita ialah wang ringgit atau kekayaan harta benda.

Tapi, rezeki sebenarnya tak terhad kepada wang ringgit dan kaya je... Tapi lebih luas daripada tu. Apa sahaja nikmat dari Allah, sama ada suka atau tidak suka itulah rezeki kita.

Dan rezeki ini boleh jadi nikmat dan ada juga boleh jadi ujian kepada kita.

Apa pun, kita nak rezeki yang baik-baik je untuk kita kan... Memang semua orang harapkan macam tu... Kalau boleh nak rezeki yang banyak dan berkat, anak yang soleh dan sihat, tubuh badan yang sihat sempurna dan sebagainya.

Tapi macam mana nak dapat semua tu?

Kalau rezeki duit, kita kena usaha baru dapat... Tapi jangan sangka hal remeh temeh kadangkala mencetuskan rezeki buat kita.

Antaranya, 6 perkara ni cuba kita amalkan sama-sama ahli keluarga kita dalam rumah. Nampak remeh tapi perkara ni boleh mencetuskan rezeki yang berpanjang dan tidak putus-putus. Antaranya:

cara menjemput rezeki, tips lapangkan rezeki, rezeki berkat, Tips Menjemput Rezeki, Buat 6 perkara ni dalam rumah je...
Sumber: google images


Tips Menjemput Rezeki, Buat 6 perkara ni dalam rumah je...

1. Tandas

Cuci tandas

Selalu lah cuci tandas dalam rumah kita. Tandas yang bersih syaitan tak suka. Dan ini kadang kala boleh jadi pencetus rezeki kita. 

Tutup pintu tandas

Pastukan pintu tandas sentiasa bertutup. Tanda adalah rumah syaitan. Jadi, pasti kan pintu tandas bertutup untuk elakkan dia mudah keluar masuk... 

Kalau dulu tandas luar rumah, sekarang dalam bilik je... Jadi, pastikan sentiasa bertutup... jangan mudah biarkan syaitan berkeliaran dalam rumahtangga kita. 

3. Pastikan dapur dan rumah sentiasa kemas.

Sentiasalah kemaskan dapur selepas diguna. Terutama waktu malam. Elakkan makanan berterabur dan pastikan sinki tidak bertimbun dengan pinggan dan cawan yang kotor. Syaitan dan jin suka dengan sisa makanan yang berterabur dan berselerak. 

Kalau mak ada ramai ada anak nak pastikan rumah sentiasa kemas tu satu cabaran juga kan... Tapi insha Allah boleh..., disiplinkan anak-anak supaya rumah sentiasa kemas. 

4. Hidupkan rumah dengan al-Quran

Pastikan setiap hari ada ahli keluarga kita membaca ayat suci al-Quran. Kalau tak isteri, suami, atau anak-anak. Kalau semua baca lagi bagus. 

5. Saling makan berjemaah dan suap menyuap

Makan berjemaah mencetuskan kasih sayang. Bila hati saling sayang, Allah suka dan ini mencetuskan rezeki dan barakah yang berpanjangan. 

6. Elakkan perkara yang melalaikan dan membazir dalam rumah

Elakkan buat perkara yang melalaikan dan membazir seperti menonton rancangan yang melalaikan. Aktiviti maksiat dan membazirkan masa. Elakkan pembaziran kerana membazir amalan syaitan. 


Itu antara 6 perkara yang boleh kita sama-sama buat untuk menjemput rezeki sentiasa mengalir dalam rumah kita. 

Banyak lagi aspek lain boleh diambil kira untuk jemput rezeki kita. Tapi ni antara yang mudah kita nak buat. 

Tapi andaikata dah amalkan tapi rezeki masih menguji, anak sakit, rezeki sempit, maka perbanyakkanlah istighfar dan solat sunat Taubat... 

cara menjemput rezeki, tips lapangkan rezeki, rezeki berkat, Tips Menjemput Rezeki, Buat 6 perkara ni dalam rumah je...

Kerana ujian juga satu rezeki buat kita. Itulah cara Allah nak sucikan rezeki yang kita dapat. Serta cuci dosa-dosa kita serta ditingkatkan darjat kita.. Insha Allah... 

Sekian, pesanan untuk kita bersama... 

0Ulasan