بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Rangkaian internet satu keperluan, kalau slow orang mudah nak marah. Mula la rasa nak tukar dan beralih arah.
MF dah lebih 10 tahun setia dengan Celcom. Dari guna prepaid hingga sekarang pakai postpaid selepas bekerjaya tetap.
Jadi, sepanjang guna tu, biasalah sesekali line slow tu kan...
Tapi, rasa nak marah juga bila line asyik slow je kan... Hingga kan MF dah menduakan Celcom angkara line dia yang slow tak boleh bawa bincang dah...
Suami MF lagi lah angin sebab dia bisnes di shopee, nak buka apps shopee pun loading sampai ke esok.. Tak ke bengang kan... Dah pakai phone 4G network pun masih slow...
Hinggalah satu hari...
Suami mula terfikir pasal sim kad yang kami guna... setelah difikir-fikir tak pernah pun tukar sim kad yang kami guna sekarang ni.
Memang betullah, kami masih pakai sim kad 3G, patutlah... so, apalah... google cari cara nak tukar atau upgrade simkad celcom postpaid dari 3G ke 4G.
Alhamdulillah ... mudah sangat caranya...
Cara Nak Upgrade Simkad Celcom Postpaid dari 3G ke 4G
Ada 3 cara nak upgrade sim kad celcom dari 3G ke 4G:
1. Melalui SMS
SMS sahaja dengan cara taipkan 4G<jarak>NAMA<*>ALAMAT TERKINI dan SMS ke 28887
2. Online Customer Service
- Log Masuk akaun Online Customer Service
- Dari menu tepi, pilih "Buy Internet & Add On"
- Pilih "SIM Replacement"
3. Celcom Life App
- Dari menu tepi pilih "Service"
- Pilih "SIM Replacement"
- Masukkan butiran yang diperlukan.
Merujuk berkenaan postage, ia akan dicaj berdasarkan alamat yang dimasukkan.
Cas tukar sim kena bagi yang guna Celcom kurang dari setahun, lebih setahun free je tukar... cuma kena bayar pos.
MF guna kaedah ketiga lah.. senang dan cepat. Kami tukar kedua-duanya, nombor MF dan suami.
Memang pantas, sehari je dah sampai simkad baru kami ke rumah. berbaloi bayar RM10 untuk postage je.
Lepas dah dapat, terus lah tukar... Tapi macam mana nak aktifkan tak pula diceritakan... Cari google lagi lah...
Antara cara yang dijelaskan oleh mereka yang pernah tukar ialah:
Dail *151#, kemudian masukkan 6 nombor siri yang belakang.
Kami cuba buat cara tu, tak boleh... Jadi, selepas penat mencari, suami call aje customer services Celcom dengan dail 1111.
Selepas bercakap dengan perunding perkhidmatan pelanggan Celcom, diorang terus aktifkan dua-dua nombor dalam tak sampai seminit.
Tapi ada sesuatu yang terjadi selepas tukar sim kad tu...
Kami laki bini tertukar nombor sebab tertukar sim!!! Hahahahaha... memang lawak habis.
Kisahnya yang boleh tahu, bila MF buat pembelian online, request tac berkali tak sampai-sampai SMS nya...
Sekali suami WhatsApp dia kata tac bank apa pula ni.. Siapa guna maybank dia katanya...
Hah! MF terkejut... MF kata ntah2 kita tertukar nombor tak..
Sekali MF cuba call nombor dia, sekali masuk voice mail box... Dia pun nombor MF pun sama... Jadi, sahlah kami tertukar nombor... Lepas call suami masing-masing gelak sendiri... hahaha..
Mujur takde orang atau bos call... kalau tak jenuh... haha...
Cuma suami MF je la ada customer dia call tapi MF tak angkat.. haha...
Itulah kisahnya...
Peristiwa Lucu Selepas Tukar Simkad 4G
Alhamdulillah.. lepas tukar simkad ke 4G, internet celcom laju dah.. takde slow siput macam dulu... Walaupun takdelah sampai mega bite persecond, tapi masih laju berbanding guna sim kad 3G... So, rupanya , tak upgrade sim kad ke sim 4G, punca internet slow.
Jadi, korang yang internet slow, cuba semak simkad tu, support 4GLTE tak? atau adakah smartphone korang support 4G, kalau tidak makan jangan mudah salahkan line internet... tapi andaikata memang keduanya 4G, tapi masih slow, maknanya kawasan anda masih belum ada coverage 4G keseluruhannya.
Sekian, pengalaman lucu dari MF tentang cara nak lajukan line internet mobile. Memang ku kenang peristiwa nih... hehe...
Sekian....
Salam, saya nak tanya. Kalau tukar simkad tu nanti nombor pun akan tukar jugak ke?
BalasPadamwslm... nombor tak tukar... tukar sim saja.
Padamsalam ,saya nak tny. time dapat sim baru tu , awal2 mmg xde line ke
BalasPadamKena aktifkan simkad tu dulu baru boleh guna... Boleh call Celcom careline
Padam