GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ciri Rumah Tangga Yang Paling Rapuh

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ciri Rumah Tangga Yang Paling Rapuh | Dalam al-Quran, Allah menggambarkan bahawa rumah yang paling lemah atau rapuh itu adalah rumah labah-labah. Firman Allah:

إنَّ أَوْهَنَ البُيُوتِ لَبَيْتُ العَنكَبُوتِ

“Sesungguhnya selemah-lemah rumah itu adalah rumah labah-labah.” (al-Ankabut)

Ayat ini pada hakikatnya menceritakan tentang sifat Qurasyh yang mengambil berhala sebagai tuhan mereka.

Tindakan syirik Quraysh ini adalah seumpama labah-labah yang membina rumah mereka yang lemah, rumah yang disifatkan sebagai rumah yang paling lemah.

Ciri Rumah Tangga Yang Paling Rapuh

Ciri Rumah Tangga Yang Paling Rapuh

Timbul persoalan disini, mengapa rumah labah-labah dikatakan sebagai rumah yang paling lemah?

al-Imam al-Suyuti di dalam tafsirnya menjelaskan bahawa sarang labah-labah adalah sangat rapuh dan lemah kerana ia adalah seperti berhala kerana tidak mampu memberikan perlindungan kepada isi rumahnya daripada panas dan hujan. Kata la-Suyuti:

لا يدفع عنها حراً ولا برداً كذلك الأصنام لا تنفع عابديها

“(rumah atau sarang labah-labah disifatkan sebagai rumah yang paling lemah) kerana ia tidak mampu melindungi isi rumahnya daripada sebarang (ancaman) kepanasan maupun kesejukan. ia seperti sifat berhala yang tidak mempunyai manfaat buat manusia.” (Tafsir al-Jalalain)

Manakala penafsiran moden pula memberikan sudut pandangan yang berbeza.

Rumah labah-labah dikatakan lemah kerana proses persenyawaan (mengawan) bagi menghasilkan telur akan mengorbankan labah-labah jantan.

Kajian yang dijalankan oleh Spain's Experimental Station of Arid Zone mendedahkan bahawa bagi menghasilkan telur, labah-labah betina akan membunuh labah-labah jantan bagi mendapatkan nutrisi keperluannya untuk menghasilkan telur.

Ini bererti rumah tangga labah-labah, bukan sahaja dilihat lemah dari aspek fizikalnya, bahkan rumah tangga mereka dilihat rapuh kerana labah-labah betina akan memakan labah-labah jantan dalam proses mengawan untuk menghasilkan telur (proses yang turut digelar sebagai Sexual Canibalisme).

Bahkan sekiranya diperhatikan di dalam hadith, rumah tangga turut boleh menjadi goyah dan lemah apabila si lelaki bersikap dayus, iaitu membiarkan perlakuan maksiat di dalam rumahtangga.

Sabda Rasulullah:

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

“Terdapat tiga golongan yang Allah haramkan kepada mereka syurga iaitu: Mereka yang ketagih arak, penderhaka terhadap ibu bapa dan orang yang Dayus, iaitu yang membiarkan perlakuan jahat (atau maksiat) di dalam ahli keluarganya. (HR al-Nasa’i)

Begitu indah perumpaan yang dipersembahkan oleh al-Quran bagi membuka hati manusia supaya mendekatkan diri dengan Allah Pencipta sekalian makhluk.

Semoga Allah membimbing kita.



Kesimpulan

Rumahtangga menjadi rapuh bila isteri lebih dominan dari suami. Segala keputusan isteri yang berkuasa. Suami menjadi 'pak turut'. Sehinggakan hal keperluan suami pun ditentukan isteri.

Suami tidak berkuasa dalam rumahtangga, menandakan rumahtangga itu rapuh dan akan mula mengundang murka Allah.

Suami sepatutnya kena bertindak sebagai ketua rumahtangga... Jadi leader... Membuat keputusan setelah berbincang dengan ahli keluarga.

Suami yang membiarkan isteri menguasai segalanya, bermakna suami yang dayus. Sebab bila isteri berkuasa dia tak kan mudah untuk mengikut perintah suami.

Suami yang dayus membiarkan sahaja kemaksiatan berlaku dalam rumahtangganya. Isteri tidak menutup aurat, anak yang bebas bermaksiat. Nauzubillah...

Dalam bab ni.. MF suka untuk ambil kisah keluarga Norman Hakim...

Bila mana Allah uji rumahtangga nya musnah dengan Abby, dia kembali kepada fitrah... Mendekatkan diri kepada Allah... Ambil yang positif dan kembali kepada Allah... Alhamdulillah... Sungguh berinspirasi kisah keluarga besar mereka ni...

Bila kita jaga hak Allah, Allah akan jaga hak pinjaman kita.

Nak rumahtangga yang bahagia kena kembali kepada Allah... Tanpa Allah siapalah kita kan...

Semoga bermanfaat... 

2Ulasan

  1. subhannallah. suka family norman dgn abby ni. sgt positif dan tiada rsa dendam sesama mereka

    BalasPadam
  2. semoga semua hubungan yang terbina jadi kukuh bahagia. cabaran onak duri memang xleh lari mana.. nak komeen bab kawen hehe cheq x kawen gi =p

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ