Cara Return/Refund Barang di Shopee

Maria Firdz
3
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Return/Refund Barang di Shopee | Beli barang online bermakna korang sanggup terima risiko sebab barang takde depan mata.

Jadi, segala benda bab Shopping online kena hadam juga. Tapi kita akan hadam bila benda tu jadi kat diri kita.

Itulah yang MF nak kongsikan.. Pengalaman return dan refund barang dari Shopee.

Beli kat Shopee memang seronok sebab harga murah dan mudah untuk chat dengan seller.

Kita boleh tengok respond rate dan chat performance Sebelum membeli. Seller yang berkualiti pasti akan jadi pilihan selain dari harga yang murah dari yang biasa.

Antara MF dan suami, suami MF lebih banyak beli shopping online di Shopee sebab dapatkan barang niaga dia di sana.

Harga satu barang boleh tahan juga harganya. Jadi, bila beli bundle lebih murah. Tapi bila barang yang diterima tak seperti yang kita expect kan... Rasa geram.

Itulah yang terjadi kat suami MF baru-baru ni. Dia beli barang niaga permintaan pelanggan dia di Shopee.

Malangnya, barang yang dihantar tak seperti yang dilihat dalam iklan. Tambah pula barang tu bermasalah. Jadi, suami ambil keputusan untuk return semula barang tu.

Satu kelebihan dengan seller ni bila dapat dihubungi dengan WhatsApp. Itu lebih pantas berkomunikasi berbanding guna chat di Shopee.

Cara ReturnRefund Barang di Shopee, refund barang di shopee, return barang di shopee, barang rosak di shopee, shopee tutorial, shopping online
sumber: google images

Cara Return/Refund Barang di Shopee 

Jadi, suami terus berhubung di WhatsApp dengan seller tu.

Selepas berbincang, dia cuma setuju untuk terima permintaan kita untuk return semula barang tu. Tapi malangnya, seller tu pun kurang paham cara nak return dan refund barang oleh pelanggan.

So, tak pe la.. Sebab nak duit cepat. Suami terus pulangkan je.. Pos guna duit sendiri...

Sampai pada seller dan dia check dulu kerosakan dan baru dia terima request return tu. Cuma dah terlambat lah.


Cara sepatutnya untuk return/refund barang di Shopee.

Customer klik return request pada barang yang nak di return/refund.
Cara ReturnRefund Barang di Shopee, refund barang di shopee, return barang di shopee, barang rosak di shopee, shopee tutorial, shopping online

Kemudian, kena la tunggu seller tu terima request kita.

Cara ReturnRefund Barang di Shopee, refund barang di shopee, return barang di shopee, barang rosak di shopee, shopee tutorial, shopping online

Bila dia terima request kita, kita semak email nanti akan ada satu link untuk kita print label untuk ditampal pada barang yang kita nak pos untuk return tu. So, tak perlu la bayar kos pos.

Lepas tu, tunggu lah barang tu sampai kat seller semula, dan seller berilah keputusan sama ada nak ganti semula atau refund semula duit kita.

Kalau dia refund, duit kita akan masuk kat wallet Shopee atau Shopee Pay.

Itulah caranya kalau nak return kat Shopee.

Kekurangan cara return/refund barang kat Shopee.

Kekurangannya kita kena dapatkan persetujuan seller. Kalau seller tak terima return requests Kita, maka tak dapatlah nak tolong.

Suami pernah juga tak berjaya return/Refund semula duit dari Shopee. Seller hantar barang yang rosak. Bila kita request dia tak terima. Bahkan dia reject request Kita.

Cara ReturnRefund Barang di Shopee, refund barang di shopee, return barang di shopee, barang rosak di shopee, shopee tutorial, shopping online

Bila reject, Shopee akan email untuk nak siasat la sebab berlaku conflict antara kita dengan seller tu. Tapi akhirnya tinggal kenangan je la. Mujur juga barang tu tak sampai RM20 kan.. Kalau RM200 dia reject requests mau mengamuk Juga.

Cara ReturnRefund Barang di Shopee, refund barang di shopee, return barang di shopee, barang rosak di shopee, shopee tutorial, shopping online

Alhamdulillah, untuk yang kali ni.. Dua kali buat return/refund.. Alhamdulillah dapat semula duitnya. Lepas seller approved terus je duit masuk.

Cara ReturnRefund Barang di Shopee, refund barang di shopee, return barang di shopee, barang rosak di shopee, shopee tutorial, shopping online

Tapi kena banyak sabar sikit dengan Shopee sebab kita deal dengan seller terus. Cuma melalui sistem Shopee. Kalau seller tak approved memang berputih mata lah jawabnya. Itu risikonya.

Moga ini jadi panduan buat sesiapa yang tak tau nak buat apa jika barang yang sampai tak seperti yang dijangka. Ataupun barang rosak dan sebagainya.

Kadang rasa serik nak beli kat Shopee.... Tapi barang kat Shopee harganya lebih murah.

Apa pun, ni untuk seller dalam negara. Luar negara tak tau plak apa cerita kan... Nak refund ke mana... Setakat ni.. Kami tak berjaya untuk refund barang yang dibeli kat luar negara sebab kena reject dengan seller.. Mujur barang tu murah.. Belas ringgit je la... Kalau puluhan harga rasa ralat juga kan.

Apa pun, itulah risiko beli barang online...

Semoga entry ni dapat jadi panduan bagi yang nak dapatkan semula hak kita sebagai pengguna.

Semoga bermanfaat....

Catat Ulasan

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. setakat duk membeli belah di shopee sekali je dapat barang rosak tapi seller taknak tanggungjawab, sebaik 20 je

    BalasPadam
  2. Ooo macam tu. Alhamdulillah setakat ni tak pernah lagi kena. Cuma kinah pernah dapat barang yang tak cukup. Mujurlah seller cepat respon dan dapat refund duit.

    BalasPadam
  3. Mcam mna nk print return label sekali dgn tracking number?

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !