Recents in Beach

Tauge, Sayur Murah, Tapi Khasiatnya Mahal

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tauge, Sayur Murah, Tapi Khasiatnya Mahal | Tauge, sejenis sayur daripada kekacang yang belum jadi pokok kacang.

Tauge biasa orang buat sayuran campur dalam bahan gorengan yang lain. Dalam mee goreng ke, tapi kalau dalam kueh teow goreng wajib ada tauge, baru sedap. Tapi ada yang tak suka, siap kelaskan letak kat tepi lagi kalau jumpa dalam mee.

Khasiat tauge, tauge untuk kesihatan, tauge untuk hamil, petua hamil dengan air tauge, resepi tauge

Tauge, Sayur Murah, Tapi Khasiatnya Mahal 

Tauge ni kategori sayur murah la… jarang orang buat sayur gitu je… Tapi sebenarnya, sedap aje buat sayur goreng belacan atau goreng kicap je.

Harga tauge sekarang, sekitar RM3 lebih je sekilo… Tapi beli 100gram pun dah tak larat nak makan.

Tauge ada 2 jenis ada jenis kering, ada jenis basah. Kalau jenis kering, biasanya memang tak direndam dalam air, kalau jenis basah, akan direndam di dalam air bersama tauhu.

Walaupun murah tauge ni, tapi khasianya mungkin tak ramai yang tahu.

Khasiat tauge untuk kesihatan dan kecantikan

1. Cegah Kanser

Tauge yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

2. Baik Untuk Wanita

Tauge juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam Tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan Tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

3. Meningkatkan kesuburan

Tauge juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan Tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

4. Kurangkan Lemak

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu Tauge dalam hidangan seharian. Saponi di dalam Tauge akan menghalau ‘lemak jahat’ LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan Tauge secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.

5. Lancarkan sistem penghadaman.

Tauge yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.

6. Awet Muda

Tauge juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya Tauge merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.

7.Tauge untuk cantik

Satu mangkuk tauge mengandungi vitamin A, K, B1, E dan C yang sangat baik untuk tubuh badan terutama wanita. Ia boleh meningkatkan kesuburan, mencegah gangguan haid dan menopaus.

Atasi jerawat

Selain itu, vitamin yang ada juga mampu menghilangkan jerawat di muka. Tauge boleh menyelesaikan masalah jerawat  kerana mengandungi omega 3 yang membantu mengurangkan keradangan serta mengurangkan masalah jerawat atau masalah kulit yang lain.

Atasi keguguran rambut

Vitamin A dalam tauge boleh merangsang folikel rambut dan kulit kepala. Kesannya, rambut akan menjadi lebih kuat dan sihat.

Melembapkan kulit

Kandungan air dalam tauge membantu melembabkan kulit.  Jika sering memakan tauge, boleh hindarkan diri daripada pelbagai masalah kulit seperti kusam, penuaan dan sebagainya.


Khasiat tauge, tauge untuk kesihatan, tauge untuk hamil, petua hamil dengan air tauge, resepi tauge

Amacam? Banyakkan khasiat tauge… murah je sayur ni… tapi khasiatnya mahal.

Sebab apa mahal… eh, kalau nak cantikkan kulit tu, nak beli skincare dah beratus berpuluh ringgit, baik aje amal makan tauge…

Dan untuk kesuburan tu sangat terbukti… dengan izin Allah la..

Masa MF merancang nak tambah anak selepas alami keguguran, MF dan suami amalkan makan tauge dengan kerap. Alhamdulillah… hamil dalam masa yang cepat dan rahim pun jadi kuat. Usaha kan… selebihnya Allah tentukan.

Jadi, jangan pandang rendah pada sayuran murah ni… Banyak khasiatnya.

Itulah namanya tauge, sayuran murah tapi khasiatnya mahal.

Sekian, semoga bermanfaat.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. baru beli taugeh tadi. anak shu, Sofia pun suka taugeh sebab bila kunyah ada bunyi. haha ibu dia suka anak gemar sayur. heh

    BalasPadam
  2. Nasib baik ain jenis yg suka taugeh heheh sedap kotttt

    BalasPadam
  3. Baru tau manfaat nya kpd kita sbgai wanita..ok nnt nak beli..bole ja tnm sndiri hihi lg jimat kan

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^