div id='header-inner'>

Biar Anak Perempuan Rapat Dengan Bapa

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Biar Anak Perempuan Rapat Dengan Bapa | Siapa peminat filem dan movie Inggeris biasa tak tengok kebanyakan filem Inggeris akan buat kisah bapa dengan anak perempuan.. Bahkan drama Melayu, Cina atau Hindu sekalipun... Mesti bapa dengan anak perempuan.

MF juga punyai 3 anak perempuan.. Masa kecil anak-anak rapat dengan MF sebab menyusu badan... Tapi bila putus susu je, anak rapat dengan bapa dia..

Anak ketiga paling rapat dengan suami MF sebab dia paling awal putus susu sebab MF pregnant tak dijangka masa tu. Redha... Walaupun impian nak susukan sampai 2 tahun tak tercapai.

MF biar je anak-anak perempuan rapat dengan bapa dia... Sebab banyak kelebihan bila anak perempuan rapat dengan bapa. Antaranya...

Sumber : Google image 

1. Mengurangkan Gejala Gedik

Ini untuk jangka masa panjang... Bila anak perempuan diberi perhatian dan kasih sayang secukupnya dari seorang lelaki yang bergelar bapa, InshaAllah akan mengurangkan gejala gedik. Dia tak hairan dengan kasih lelaki lain sebab seorang bapa terlebih sayang pada dia. Ini antara kajian yang telah dibuat oleh orang yang lebih berpengalaman.

2. Mudah Kerja Mak

Bila anak rapat dengan bapa, kerja mak jadi ringan la sikit.. Takde lah nak melekat je dengan mak aje...

Waktu shopping pun mudah, sebab anak dibawah seliaan bapa.. Mak boleh lenggang kangkung... Hehe

3. Hormat Bapa

Rapat tak semestinya manja... Kadangkala bertegas juga.. Untuk lahirkan rasa hormat. Jadi, anak perempuan akan hormat bapa... Dan bila hormat memudahkan proses ibu mendidik..

Mendidik anak perempuan ni mencabar... Jika anak lelaki mencabar dari segi tingkah laku dan fizikal tapi anak perempuan cabarannya lebih kepada emosi. Jadi bila anak rapat dengan bapa... Pengurusan emosi tu lebih baik... Kalau mak dengan anak perempuan, emosi bertemu dengan emosi jadi bertambah emosi... Tu yang kadang dengan mak tak jalan juga kalau mak suruh sesuatu.. Tapi dengan bapa cepat aje...

Apa pun, ini hanya pandangan dan pengalaman peribadi... Walau pun rapat tetap ada batasannye.  Tapi MF pasti banyak manfaat jika anak rapat dengan bapa tak kira lelaki atau perempuan.. Sebab tu itu keluarga yang lengkap perlu didikan dari ibu bapa... Keduanya main peranan... Jika salah seorang je, pasti ada masalah... Kecuali ibu atau bapa tunggal yang betul-betul boleh main peranan sebagai ibu bapa sekali gus.. Tapi amat jarang berlaku... Jika berjaya memang ibu atau bapa tunggal yang hebat. 

Catat Komen

1 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)