Carseat bagi Kanak-Kanak Diwajibkan Tahun 2020

Maria Firdz
3
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Carseat bagi Kanak-Kanak Diwajibkan Tahun 2020 | Tengok tajuk info ni termenung sekejap. Termenung apanya...

Sebab kalau wajib tu maknanya apa? Kalau tak pakaikan anak car seat, ibu bapa boleh disaman ke?

Tak berapa jelas bab tu. Dah baca dalam artikel asal pun tak jelas sangat.

Cuma yang diperkatakan, tahun depan Kementerian Pengangkutan nak wajibkan penggunaan car seat bagi Kanak-Kanak.

Carseat bagi Kanak-Kanak Diwajibkan Tahun 2020

Car seat, children car seat, penguatkuasaan carseat tahun 2020, carseat murah, cara nak diamkan anak dalam carseat.

Bagi MF takde yang salah... Bagus sangat tu... Cuma bila memikirkan diri sendiri yang ada empat anak kecik ni... Fuhh... Masak nak uruskan nih... Bukan urus duit.. Takde masalah nak beli car seat... Tapi masalahnya anak-anak MF totally tolak car seat. 

Puncanya... 

Sebab anak-anak MF bukanlah macam anak orang lain yang kaki travel. Jarang keluar jalan.

Anak MF juga diasuh oleh suami di rumah ketika MF bekerja, jadi jarang keluar rumah. Kecuali jenjalan pergi kedai dekat rumah je la.

Jadinya orang kata kena ajar anak dengan car seat dari awal. Camne nak ajar kalau keluar rumah pun jarang kan.. Sesekali je travel nak balik kampung. Tu pun setahun 2 kali je. Time tu baru nak dipakai kan car seat memang tak lah.

Apa pun... Ada juga kawan MF anaknya ramai... Tapi pakai sedan je.. Bayangkan kalau nak pasang car seat macam mana... 

Apa pun... Pihak kementerian kaji balik la benda ni. Perkara ni memang bagus... Cuma, perlu lebih teliti... 

Bukan sebab semua orang mampu.. Yang orang tak alami mampu kecam je kan... Tapi orang yang alami... Ko rasa?

Kami yang balik kampung ni tawakal setinggi burung tau... Tak tau ajal mau kami... Tapi moga Allah lindungi anak-anak kami walaupun tak pakai car seat. 

Nak buat camne kan.. 

Terpulanglah kepada yang nak kecam... Moga Allah lindungi kita semua. 

Yang takde masalah... Memang bagus korang beli car seat. MF sendiri ada 3 car seat sebenarnya... Pelbagai jenis dan paten... Tapi... Reda je la bila anak dah besar.. Pandai buka sendiri car seat... 

Kereta MF, kami buat cukup canggih kat dalamnya.. CD cartoon, zikir, lagu Kanak-Kanak penuh pendrive semata-mata nak bagi anak diam. Tambah pula dengan segala jenis aneka makanan... Redha je kereta bersepah macam tongsampah asalkan anak diam... Tapi kalau nak datang time ragam dia... Tak layan dah semua tu. Jadi??? Nak suruh biar je anak melalak? Boleh pula nak drive dengan fokus time anak melalak kan...

Apa pun.. Kami doakan yang baik-baik je... Memang MF tak tau lah kalau satu hari penguatkuasaan ni betul dilakukan tahun depan. Redha je la kena saman agaknya. Nak buat camne... 

Sekian... 

Catat Ulasan

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Mmg kena and dari baby lagi tapi rmai budk X suka duk DD car seat kan

    BalasPadam
  2. betul tu mf kalau bab anak kecil ramai satu kereta mmg susah la nak handle.... kalau kat britain tak pa la depa dh tetap dah passenger dalam satu kereta cuma 4 shj blh la tuk anak kecil duk dlm car seat...

    BalasPadam
  3. Faham situasi ni, walau pn saya ada car seat utk anak dan pakai MPV.

    Malaysia ni, bkn semua berkemampuan. Anak ramai, kete pulak sedan. Mcm mana..

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !