Menu Sarapan Ringkas : Nasi goreng telur style 5 Rencah 5 Rasa

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Menu Sarapan Ringkas : Nasi goreng telur style 5 Rencah 5 Rasa | Rancangan memasak adalah rancang kegemaran MF di TV. Bukan nak kata pandai masak... Sebab tak pandai la tengok rancangan ni.

Rancangan 5 Rencah 5 Rasa di TV3 antara yang MF suka.. Sebab chef nya yang bersahaja dan suka masak simple tapi sangat menyelerakan.

Salah satu menu simple yang MF belajar ialah berasaskan nasi sejuk.

Macam-macam resepi dia tunjuk. Tapi yang ni paling MF ingat dan terus MF cuba.

Nasi goreng telur. Simpler giler resepi ni.. Orang bujang atau budak hostel yang tak tau nak sarapan apa.. Menu ni sangat sesuai untuk korang.


Menu Sarapan Ringkas, Resepi nasi sejuk, nasi goreng orang bujang, nasi goreng telur, nasi goreng simple,nasi goreng mudah


Menu Sarapan Ringkas : Nasi goreng telur style 5 Rencah 5 Rasa



Bahan-bahannya 


  • Nasi sejuk
  • Bawang putih (ketuk dan cincang) 
  • Cili padi (kalau nak rasa pedas) 
  • Sos tiram
  • Telur (kuantiti ikut pada nasi, kalau nasi banyak telur pun banyak juga la...) 
  • Garam
  • Daun bawang (jika ada) 


Cara memasak 

Menu Sarapan Ringkas, Resepi nasi sejuk, nasi goreng orang bujang, nasi goreng telur, nasi goreng simple,nasi goreng mudah


  1. Tumiskan bawang putih yang dicincang dengan sedikit minyak. 
  2. Dah agak garing.. Tolak bawang tu ke tepi kuali sikit, pastu masukkan telur. 
  3. Kacau telur tu hingga hancur. Kemudian masukkan sos tiram. Kacau lagi biar sekata. 
  4. Kemudian masukkan garam secukup rasa. 
  5. Akhir sekali masukkan nasi dan gaul sampai rata semua bahan. 
  6. Kalau ada daun bawang, masukkan sekali nasi tadi. Daun bawang tu penambah rasa wangi dan lagi sedap. 


Memang terbaik rasanya. Ni menu paling ringkas.

MF kalau ada lebihan nasi sejuk.. Inilah resepinya. Tambah makan dengan kepok Terengganu dan sedikit sos cili.. Perghhh... Merecik...

Nampak simple tapi boleh tambah berpinggan-pinggan.

Selamat mencuba.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. sama jugakk. dulu siap tggu depan tv lagi hari selasa tau dah ada 5 rencah 5 rasa tu heheh skrg je dah tak tgok. Chef sama lagi kan. Apa tah nama dia, chef chinese tu..Simple senang

    BalasPadam
  2. rajin juga dok tengok program masak2 ni, nampak macam senang je chef tu masak..hehe

    BalasPadam
  3. Sedapnya.. mama.suka nasi goreng style MCM ni

    BalasPadam
  4. sedap tu. yang paling suka sebab mudah nak dibuat :-)

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^