GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara dapatkan Free Shipping di Shopee


Free shipping Shopee

Tergerak nak kongsikan Entry... Sebab pengalaman sebagai pembeli dan juga penjual di Shopee... 

Shopee lebih popular berbanding Lazada sekarang ni... Sebut je shopee semua orang kenal.. Dari budak kecil hingga ke orang tua. Sebab macam-macam ada jual di Shopee. 

Jika masa awal Shopee nak naik dulu, Shopee banyak perkenalkan program free shipping... 

Free shipping ni antara 'free gift' yang disukai oleh pelanggan. Sebab kos pos sekarang semakin mahal. Jadi, program free shipping yang diperkenalkan Shopee salah satu daya penarik untuk orang beli di Shopee. 

Tapi, sekarang ni Shopee seolah-olah dah tukar term and conditions Untuk program free shipping ni. 

Ramai yang merungut tak dapat free shipping walaupun beli lebih RM30. 

OK.. Yang ni kena faham ye.. 

Tak semua barang yang dibeli dengan harga RM30 untuk seorang seller diberikan free shipping. 

Free shipping hanya diberikan oleh Shopee kepada seller yang terpilih sahaja. 

Untuk dapatkan Free Shipping, pembeli perlu claim voucher free shipping yang diberikan secara percuma sebanyak 2 voucher setiap bulan. Kena claim.. Baru boleh guna... Dan voucher tu biasanya ada tarikh luput. Jadi kena guna sebelum tarikh yang dinyatakan. Kalau tak memang burn macam tu je la. 

Bagi penjual yang tak join shipping program by Shopee tidak boleh guna voucher ni... Sebab biasanya penjual akan guna pos cara manual. 

Harap serba sedikit faham la pasal free shipping di Shopee ni.. 

Persoalan ni selalu muncul bila customer suami MF di Shopee persoalkan kenapa tak dapat free shipping... 

Jangan salahkan kami... Dan jangan salahkan Shopee... Sebab tak semua barang akan dapat free shipping dah sekarang ni ye... Jadi, nak tak nak kena lah bayar ye... Kalau nak murah, belilah bayang barang dalam satu kedai... Untuk jimat kos pos bagi barangan yang murah. Kalau tak... Mahal pos dari barang. 

Apa pun.. Pasti ramai kecewa lah kan sebab Shopee dah tukar sistem free shipping nih... Apa pun.. Inilah bisnes beb..  Diorang pun nak untung juga... Apa pun.. Shopee program lebih murah dari kos pos manual. 

Semoga bermanfaat.. Sekian perkongsian dari pembeli online tegar.  Hehe

3Ulasan

  1. Seronok dapat shopping di shopee...Beli barang RM9 dan ke atas tak perlu bayar kos pos :)

    BalasPadam
  2. kalau nak beli brg mmng cari brang yang ada free shipping :p

    BalasPadam
  3. Betul tu. Kalau kena masa nak jimat cari je brg yg nak beli dari seller yg sama haha dpt free shipping. tp kena pandai cari jugak la. kena rajin godek2 hehe

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ