Batalkah Wuduk Suami Isteri Jika Bersentuhan?

Maria Firdz
5

Batalkah wuduk suami isteri jika Bersentuhan

Isu yang biasa jadi persoalan. 

Mungkin ada yang dah tau jawapannya... Tapi sejauh mana kefahamannya. 

Isu, batalkah wuduk suami isteri jika Bersentuhan?

Kita ada 4 mazhab... Dan 4 mazhab tu ada pandangan yang berbeza bab ni... Semuanya kemukakan dalil dari hadis dan al-Quran.

Jadi, tiada siapa yang betul dan tiada yang salah. 

Tapi kita rakyat marhaen ni nak ikut yang mana?

Kita ikut lah seperti yang ditetapkan pemerintah... Iaitu ikut mazhab Syafie. 

Tapi kalau korang orang yang berilmu.... Kaji bab hadis bab dalil dan lain-lain ilmu fiqh.. Nak ikut mazhab lain dalam bab ni... Boleh... Dipersilakan...

Cuma MF ingat pesanan ustaz MF dulu... Kalau nak kira batal wuduk... Cara wuduk juga dari mazhab yang sama. Kalau ambil wuduk cara mazhab Syafie, batal wuduk juga ikut mazhab Syafie. Tak boleh campur adukkan kerana ianya masih dalam permasalahan yang sama iaitu wuduk. 

Jadi, bagi MF sendiri... Senang ikut saja mazhab Syafie. 

Tidak batal wuduk sekiranya berlapik. Dan tak batal wuduk jika Bersentuhan gigi, kuku, rambut atau janggut kerana anggota itu tidak termasuk kategori kulit. 

Lagipun dah sebati hukum tu sejak zaman sekolah dok belajar kan... Kalau nak ubah tu nak kena kaji, mengaji dan buka serta hadam kitab dulu la kot. Bukan boleh main ikut youtube je kan... 

Bab hukum jangan main ikut je.. Kena ada ilmu... Dan sentiasa lah cari ilmu bab fekah ni... Sebab setiap masa ada saja permasalahan hukum yang akan timbul dalam diri kita sendiri. 

Sekian... Semoga bermanfaat. 

Catat Ulasan

5Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. sebab tu masa pergi umrah ammi tetap tak sentuh tangan suami walaupun ramai je (mungkin mereka dr mazhab yg lain) berpegangan tangan masa tawaf, saie.. sebab sangat tak yakin

    BalasPadam
  2. Terima kasih kongsi. Dulu blur skrg clear. eh eh pinjam tagline sinar fm hehe

    BalasPadam
  3. Bagus perkongsian MF ni, memberi pencerahan kepada LZ berkaitan masalah ini..

    BalasPadam
  4. ye betol ikut mazhab Imam Shafie batal wuduk kalau bsentuhan suami dan isteri tanpa lapik...

    BalasPadam
  5. bgus share ni..sbnrnya rmai yg keliru bab ni..

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !