GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Resepi Sahur Untuk Ibu Mengandung dan Menyusu Agar Bertenaga Sepanjang Berpuasa

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Resepi Sahur Untuk Ibu Mengandung dan Menyusu Agar Bertenaga Sepanjang Berpuasa | Bila nak Ramadhan, geng ibu-ibu menyusu dan ibu-ibu yang mengandung memang risau... Kalau ibu menyusu dia risau susu kurang dan badan letih bila berpuasa... Ibu mengandung pula risaukan takut penat dan lapar bila berpuasa...

MF sendiri alami situasi ni... Tapi jangan risau... ada resepi rahsia MF nak kongsi untuk ibu-ibu menyusu dan ibu mengandung mesti amalkan setiap hari terutama waktu sahur setiap hari waktu berpuasa.

Resepi Sahur Untuk Ibu Mengandung dan Menyusu Agar Bertenaga Sepanjang Berpuasa
Resepi Sahur Untuk Ibu Mengandung dan Menyusu Agar Bertenaga Sepanjang Berpuasa

Resepi Sahur Untuk Ibu Mengandung dan Menyusu Agar Bertenaga Sepanjang Berpuasa

Resepi ni ringkas je... Bahkan sekali buat tahan dua minggu...

Bahan-bahannya:

Kurma
Badam
Kismis
Oat

Bahan-bahan ni semua korang boleh beli dengan harga murah di Lazada tapi kat kedai biasa pun ada.

Cara-caranya:
Campurkan semua bahan dalam blender, tambahkan sedikit air dan blender hingga halus...
Simpan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti sejuk...

Bila nak minum, campurkan sahaja bahan "energy booster" ni dengan susu segar atau minuman coklat panas... Nak sedap minum sejuk... Tapi minum panas pun boleh...

Resepi bukan sahaja sedap tapi membekalkan tenaga sepanjang hari... Biasa MF buat resepi ni waktu MF sibuk bekerja... MF minum waktu pagi, kadang tak sempat nak sarapan di rumah... Jadi buat satu bekas minuman dalam 250ml... Tahan la perut sampai ke tengah hari walaupun sibuk dengan tugasan mengajar dan sebagainya.

Mudah je kan...

Dah la sedap, berkhasiat pula tu... boleh ketagih kalau dah buat sekali susu kurma badam ni... Cubalah!

3Ulasan

  1. Yang tak mengandung atau menyusukan pun boleh buat ni..

    BalasPadam
  2. terima kasih atas perkongsian terutamanya untuk ibu mengandung kan

    BalasPadam
  3. Pernah buat kak Maria Tapi Kurang serasi

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ