div id='header-inner'>

Jangan Takut Sakit

Jangan Takut Sakit | Sakit, siapa suka sakit? Takde sesiapa suka sakit kan.. Kalau boleh memang semua orang nak sihat je. 


Sebab kan itu, orang sanggup berhabis duit untuk kekal sihat... Tak kisah produk atau makanan apa yang boleh jamin kesihatan.. Orang akan beli. 



Tapi, jangan taksub sangat nak sihat.. Dan tak salah usaha untuk sihat... Tapi jangan takut sakit. 


Jangan Takut Sakit 


Sakit dan Kesusahan Penghapus Dosa


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مَرَضٍ أَوْ وَجَعٍ يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ إِلَّا كَانَ كَفَّارَةً لِذَنْبِهِ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا أَوْ النَّكْبَةِ يُنْكَبُهَا


Dari Aisyah berkata; Nabi SAW bersabda: "Tidaklah suatu penyakit atau kesusahan yang menimpa seorang mukmin melainkan ia menjadi penghapus dosa baginya sampai duri yang menusuknya atau batu yang ia tersandung kerananya." (HR Ahmad No: 24173) Status Isnad Hasan


Pengajaran:


1.  Setiap kebaikan dan keburukan yang menimpa seorang mukmin ada hikmah disebaliknya.


2.  Penyakit atau kesusahan yang menimpa ke atas seorang mukmin bertujuan untuk mengampunkan dosa dan meninggikan darjat.


3.  Termasuklah musibah yang kecil seperti duri yang mencucuk ataupun kaki yang tersepak batu – juga menjadi penghapus dosa dengan syarat ia redha dan bersabar.


Jom kita bersabar dan redha di atas sebarang kesusahan dan kesakitan yang menimpa kita. Moga ia menjadi penghapus dosa-dosa kita.



Syukurilah kalau kita sakit dan diuji dengan sakit.

Untuk hapuskan dosa-dosa kecil kita... Untuk tingkatkan martabat kita di sisi Allah... Untuk tambah keimanan kita jika kita sabar dan redha dengan ujian kesakitan.


Jadi, jangan takut sakit... Sebab sakit tu tanda Allah sayang...


Usahalah untuk sihat... Supaya mudah beribadat... Asalkan jangan takut sakit... Sebab sakit itu kifarah dosa dan tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya. 

Catat Komen

4 Ulasan

  1. Betul tu. sakit penghapus dosa..

    BalasPadam
  2. allahuakhbar. semoga dengan ujian sakit ini Allah gugurkan dosa-dosa kita.

    BalasPadam
  3. Sakit tu adalah penghapus dosa-dosa kecil...
    Bila sakit mendekatkan lagi kita dgn Allah...
    Itu tanda Allah syg :)

    BalasPadam
  4. betul tu. sakit itu peringatan dan juga penghapus dosa. semoga baik semuanya

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)