GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ada Apa Dengan Sepasang Kasut?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ada Apa Dengan Sepasang Kasut? | Kasut satu keperluan bagi kita manusia sempurna yang dikurniakan kaki oleh Allah.

Bila kita boleh berjalan, ibu bapa kita akan teruja nak belikan kasut kat kita..

Bila kita dewasa.. Kita dah pandai pilih kasut yang selesa dan cantik serta berjenama... Tujuannya.. Untuk keselesaan dan keyakinan diri kita..

Tapi dari kasut ini... Kita boleh belajar sesuatu dalam kehidupan kita sebagai seorang insan.

Nilai dari sepasang kasut..

sumber : google images

Ada Apa Dengan Sepasang Kasut?

Merendah Hati

Kasut.. Letaknya di kaki... Tak pernah nampak orang pakai kasut di kepala...

Hatta kasut berjenama kulit paling mahal pun.. Sama je.. Orang letak kat kaki juga. Sebab tu.. Mak MF dulu marah beli kasut mahal.. Sebab letaknya di kaki je..

Ataupun di buat perhiasan di bahu?

'pelik' sungguh kelakuan sebegini.
.
Pasti kena kecam la kalau buat aksi pelik ni ka..
.
Kalau pernah melihat sekalipun,pasti aksi ni dibuat oleh mereka yang kurang sempurna akalnya.

Itulah nilai kasut... kasut tidak berlagak dan mahu berada di tempat yang paling atas.

Walaupun kasut sudah dihias, warnanya memikat dan ketahanannya tidak boleh disangkal lagi,
tetapi kasut masih berada di kaki.

Jadi...

Perlukah kita bersedih kerana kedudukanku dipandang rendah?

Tidak! mengapa perlu kita rasa rendah diri walaupun orang lain memandang kita rendah?

Seperti kasut... Dia berkemampuan untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Aku bangga dengan kualiti bahan pembuatanku.Tapakku juga lembut memberi keselesaan dan keselamatan pada si pemakai.

Darjat bukan di ukur berdasarkan pangkat dan pingat. Aku tidak perlu berasa merendah diri

sehingga menyebabkan aku tidak yakin diri untuk berbakti. Seharusnya aku memilih untuk jadi makhluk yang rendah hati.

Dengan rendah hati itulah menyebabkan tinggi harga diri. Semakin banyak ilmu dan nikmat yang di beri

semakin tawaduk dan semakin jauh daripada besikap sombong dengan orang lain.

Aku melengkapkan sesuatu dengan berada di tempat paling bawah. Sekiranya ingin berasa cantik dan mahu berada di atas , maka bagaimana baju dan seluar boleh berperanan?

Tentu mencacatkan peranan manusia juga.Yang pasti apabila aku sentiasa mahu berada di atas ,

itu bermakna hatiku sakit. Aku hanya mahu dihormati dan disanjung tinggi oleh orang lain.

Sedangkan berada di atas bukanlah tempat yang terbaik untukku. Cukuplah berada di bawah tetapi
aku dapat digunakan oleh manusia.


Bersabar dan Bersyukur

Apabila berada di bawah, kita harus melihat orang lain yang lebih susah berbanding kita.

Ya, aku sedar aku bukan yang paling bawah. Aku melihat pada si rumput,

kedudukannya lebih bawah berbanding kasut. Aku melihat pula pada mereka yang tidak mempunyai kasut kerana tidak mampu membeli, ataupun tidak boleh memakai kasut kerana tidak bekaki.

Maka,aku sudah pasti mengucap syukur yang panjang.

Bersyukur kerana aku makhluk bertuan. Alhamdulilah

Aku tidak boleh mengatakan berada dibawah menunjukkan kesusahan padaku.

Berada di bawah boleh sahaja bermakna Allah sedang mengajar erti sabar dan syukur.

Bersyukur masih ada tempat di dunia. Hal ini kerana ada sahaja yang tidak mampu melihat dan memijak dunia berbanding aku.

Bersabar perlu dengan usaha. Bukan berserah diri kepada takdir semata-mata.

Dalam bersabar,tingkatkan kebolehan diri. Aku mahu menjadi kasut yang tahan lasak,
sesuai dengan kualiti dan kegunaanku untuk bersukan.

Itulah azamku. Hanya dengan azam dan keyakinan diri ini, orang lain akan memandang tinggi dan menghormati.

Setia kawan

Aku juga sepasang kasut yang hidup berdua bersama. Tanpa kehadiran salah satu daripada kasut, kasut yang sebelah tidak dapat diguna pakai. Ganjil jika ada manusia yang memakai kasut yang berlainan di kaki kanan dan kirinya.

Semangat setia kawan ini juga faktor yang menyatukan antara agama dan bangsa dalam sesebuah organisasi kecil, mahupun yang besar.

Aku perlu bertolak ansur apabila ingin hidup bersama. Jika kasut sebelah diambil dahulu untuk di pakai, maka yang sebelah lagi tidak boleh bergaduh tentananya. Saling memahami diperlukan bagi menjalinkan sikap setia kawan ini. Semangat setia kawan ini juga membawa manusia kembali kepada ajaran yang satu.

Islam membawa manusia kepada perdamaian tanpa mengetepikan hak. Benar sekali apabila Allah mengingatkan tentang tidak sempurna iman seseorang jika dia belum mencintai saudaranya sama seperti dia mencintai dirinya sendiri. Atas dasar itu, barulah kebaikan yang berterusan boleh dibina.

Walaupun hanya sepasang kasut… tapi ada falsafah yang tersirat kita boleh pelajari dalam kehidupan. Itulah hebatnya ilmu ini… dari setiap inci kejadian, ada hikmah dan pengajaran bagi orang-orang yang berfikir…

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ