20 Tahun Bersabar Dengan Jiran Kristian

Maria Firdz
3
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


20 Tahun Bersabar Dengan Jiran Kristian
...............

Hasan al-Basri berjiran dengan orang Kristian. Dia tingkat atas rumah Hasan, orang Kristian itu memelihara haiwan ternakan. Kebetulan pada bahagian bumbung rumah Hasan al-Basri itu pula ada lubang.

Setiap kali haiwan diatas kencing, maka ia akan menitis ke dalam rumah Hasan al-Basri.

Hasan al-Basri tidak marah. Dia meletakkan bekas di bawah lubang itu untuk menadah air kencing yang mengalir dan apabila penuh, dia membuangnya di siang hari.

Tidak pernah sekali pun beliau mengadukan hal tersebut kepada jiran kristiannya. Dia bersabar dengan perkara itu selama 20 tahun!

Pada suatu hari, Hasan al-Basri jatuh sakit. Jiran Kristian itu datang ke rumah untuk melawatnya. Betapa terkejutnya mereka apabila melihat najis haiwan peliharaan mereka yang menitis keluar daripada bumbung rumah Hasan al-Basri.

“Wahai Hasan, sudah berapa lama engkau kesusahan kerana perbuatanku ini?” soal Kristian itu.

“Sejak 20 tahun yang lalu.” jawab Hasan ringkas.

Sebaik mendengar jawapan Hasan al-Basri, orang Kristian itu terus memotong tali pinggang yang menandakan agamanya lalu memeluk Islam di hadapan Hasan al-Basri. [al-Imta' wa al-Mu'anasah 1/297]

..........
Dakwah tidak mesti dengan lisan yang fasih atau ilmu yang menggunung. Adab mulia terkadang lebih meninggalkan bekas di hati.

Oleh: Ustaz Ad-Dien Abdul Kadir

Jadi, sabar lah dengan jiran yang ada sekarang ni kan... 

Nak buat camne... itu juga satu ujian dari Allah... 

Catat Ulasan

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Ya Allah....
    begitu sabar Hasan al-Basri ni...
    klu kita sendiri mengalaminya..nieyl pasti tidak sesabar ituu

    BalasPadam
  2. terima kasih perkongsian menarik di hari jumaat ni

    BalasPadam
  3. deep ni dik.... btul, kadang kita berdakwah tak perlu ngn cara marah2, tak perlu ngn cara yg kasar... dengan cara mcmni yg lembut pun kadang lg berkesan....

    tahap kesabaran msti setinggi gunung kadang klu ngn jiran

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !