بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Kata ALLAH, Inilah 6 Ciri Orang Yang Berjaya | Setiap orang, impiannya nak berjaya... Siapa tak nak berjaya kan...
Tapi... Apa guna kita berjaya di dunia tapi tak berjaya di akhirat. Bahkan sangat malang kalau kejayaan kita di dunia takde nilai pun di sisi Allah. Sia-sia je...
Siapa Orang Yang Berjaya Tu?
ORANG YANG BERJAYA itu kata Allah adalah seperti yang telah dinyatakan di dalam Surah Ali Imran ayat ke 185.Firman Allah SWT :
فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ
Maksudnya : "..Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya."(3:185)Kata ALLAH, Inilah 6 Ciri Orang Yang Berjaya
Tetapi, apakah ciri ciri yang perlu seseorang itu ada dan lakukan untuk menjadi orang yang berjaya disisi Allah?Di dalam Surah Al Mukminoon telah Allah nyatakan beberapa ciri orang orang yang berjaya.
Syarat Untuk Berjaya
Syarat untuk berjaya yang paling utama di sisi Allah ialah... BERIMAN.Firman Allah SWT :
📌[23:1]
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ.
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.Ayat yang pertama ini merupakan syarat utama yang wajib ada bagi mereka yang ingin berjaya disisi Allah iaitu Iman.
Sepakat ulama' mengatakan Iman itu adalah kepercayaan dan keyakinan kepada Allah dengan membenarkannya di dalam hati dengan sebenar benar keyakinan tanpa keraguan terhadap Allah dan Rasul.
Ciri ciri bagi orang yang berjaya adalah seperti berikut :
1. Khusyuk ketika solat
📌 [23:2]
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.2. Menjauhi perkara yang sia-sia
📌[23:3]
وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;3. Menunaikan zakat
📌[23:4]
وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);4. Menjaga kehormatan
📌[23:5-7]
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ
إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ. فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ.
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
5. Jaga amanah dan janji
📌[23:8]
وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.6. Jaga solat
📌[23:9]
وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.Ganjaran kepada orang yang berjaya.
Dan apabila mereka itu telah berjaya disisi Allah SWT, maka ganjaran Allah kepada mereka adalah balasan Syurga.Firman Allah SWT :
📌[23:10-11]
أُولَٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ. الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ.
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.Jadi, nak jadi orang yang berjaya... Syaratnya mesti beriman... Nak dapat iman... Mestilah penuhi 6 ciri di atas.
Tak susah pun sebenarnya. Ikut je apa Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang. Insha Allah... Mudah... Mudah sangat. Kita dapat ikut apa Allah kata dan suruh.. Kiranya kita orang yang berjaya dah sebab mampu dan berjaya lawan hawa nafsu kerana Allah.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Dan penulis doakan semua pembaca Blog ini dan entry ini... Menjadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat.
Olah sumber: Telegram channel
In Sha Allah.. semoga sama2 dpt jadi org yg berjaya..
BalasPadamtq. good sharing. moga kita tergolong dikalangan mereka..aamiin.
BalasPadamSemoga Kita semua menjadi seorg yg berjaya Amin.. TQ Maria good sharing
BalasPadamAlhamdulilah .. sama² kita menuju kejayaanNya ...
BalasPadamIn shaa Allah, mudah-mudahan kita berjaya di dunia dan di akhirat jua.
BalasPadam