بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Riadah di Taman Bukit Layang-layang, Pasir Gudang sempena Cuti Merdeka | Cuti 3 hari ramai yang jenjalan dan bercuti kan...
Kami pula tak merancang ke mana pun cuti ni... Biasalah... Ada kekangannya... Tapi dek rasa kesian anak terkurung aje dalam rumah... Terpikir nak juga lah bawa anak berjalan bebas... Kata merdeka kan...
Jadi, bawa lah anak-anak ke Taman Permainan di Pasir Gudang...
Ada satu Taman yang sesuai untuk riadah di sana... Tak pernah pergi tapi tahu...
Lepas hantar mak mentua di Plentong, kami terus ke jalan-jalan cari makan di restoran berdekatan Taman Dahlia...
Singgah makan tengah hari di Restoran Pak Eh.. Boleh tahan sedap.. Cuma pedas.. MF tak mampu nak habiskan... Habiskan nasi anak-anak, nasi MF bungkus bawa balik.
Kemudian singgah di warung ABC kelapa dekat Petronas Taman Dahlia.. Berdekatan Proton Servis. Lepas beli ABC dan rojak buah... Singgah di Petronas situ solat Zuhur sebelum meneruskan agenda.
Lepas solat terus aje ke Taman Bukit Layang-layang...
Kami sampai tengah hari, tak ramai orang...
Cuaca redup.. Cari port atas bukit sikit.. Parking kereta bawah pokok... Santai dan layan anak main layang-layang Kat situ...
Buka bonet belakang, santai je sambil nikmati ABC kelapa dan rojak.
Dah redup sikit layan anak main gelongsor kat Taman Permainan dekat situ...
Seronok layan sebab tak ramai orang dan tamannya luas... Sesuai la bawa anak riadah...
Dalam 30 minit main, terus kami gerak balik sebab mendung dan guruh tanda nak hujan...
Jadilah riadah ringkas... Elok balik hujan turun dengan lebatnya... Alhamdulillah... Lepas dah hajat bawa anak jenjalan...
Simple vacation for my family...
How about you all.. Mesti lagi best la kan...
cantik permandangan :)
BalasPadamjalan2 santai macam tu lebih relax kan kak :D
BalasPadamSeronoknya.... Jemput singgah ke blog saya
BalasPadamhttps://nurulnajihah38.blogspot.com/