بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Doa Yang Diaminkan Malaikat
عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ عَنْ صَفْوَانَ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ صَفْوَانَ وَكَانَتْ تَحْتَهُ الدَّرْدَاءُ قَالَ قَدِمْتُ الشَّامَ فَأَتَيْتُ أَبَا الدَّرْدَاءِ فِي مَنْزِلِهِ فَلَمْ أَجِدْهُ وَوَجَدْتُ أُمَّ الدَّرْدَاءِ فَقَالَتْ أَتُرِيدُ الْحَجَّ الْعَامَ فَقُلْتُ نَعَمْ قَالَتْ فَادْعُ اللَّهَ لَنَا بِخَيْرٍ فَإِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لِأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ
Daripada Abu al-Zubayr dari Safwān, iaitu anak ‘Abd Allāh b. Safwān, isterinya bernama al-Dardā’, katanya: “Saya datang ke Sham dan mendatangi Abū al-Dardā’ di rumahnya. Tapi saya tidak menemuinya. Saya bertemu dengan Umm al-Dardā’. Lalu dia bertanya: “Apakah kamu akan pergi menunaikan haji pada tahun ini”. Saya jawab: “Ya”.
Ummu Darda' berkata; 'Mohonkanlah kepada Allah kebaikan untuk kami, kerana Rasulullah SAW telah bersabda: 'Doa seorang muslim untuk saudaranya sesama muslim dari kejauhan tanpa diketahui olehnya akan dikabulkan. Di atas kepalanya ada malaikat yang telah diutus, dan setiap kali ia berdoa untuk kebaikan, maka malaikat yang diutus tersebut akan mengucapkan 'Amin dan kamu juga akan mendapatkan seperti itu. (HR Muslim No: 4914) Status: Hadis Sahih
Sumber : Google images |
Pengajaran:
1. Setiap Muslim sewajarnya berbuat baik kepada orang lain.
2. Antara kebaikan yang boleh dilakukan ialah mendoakan sesuatu yang baik untuk orang lain.
3. Doa seorang muslim untuk saudara sesama muslim dari jauh tanpa diketahui olehnya akan dikabulkan.
4. Orang yang mendoakan saudara secara tersembunyi, di atas kepalanya ada malaikat yang telah diutus untuk mengucapkan 'Amin dan juga mendoakan yang sama untuknya.
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ
Dari Abu Ad Darda' dia berkata; "Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan, melainkan malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.' (HR Muslim: 4912)
Marilah kita istiqamah dengan mendoakan kebaikan sahabat dan saudara kita diseluruh dunia termasuk dinegara Malaysia tercinta.
Ayuh doakan juga agar Malaysia menjadi Negara Rahmah.
Kredit: telegram.me/hadisharian_ikram
Jom, sembunyikan doa supaya ianya jadi lebih special untuk sahabat kita...
P/s: sebab tu apa-apa ucapan just ucapan je MF bagi... Doa MF simpan dalam hati... Kerana nak rai doa dari malaikat.
insyallah.....
BalasPadamBoleh jadi juga kejayaan kita pada hari ini asbab doa org lain kat kita. Jom doakan org lain juga..
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian ni..