Seperti Anak Kucing Yang Menyorok

Maria Firdz
1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ada seekor anak kucing yang menyorok di bawah kabinet dapur rumah saya. Ia akan mengiau saja namun bila saya cuba membantu anak kucing itu untuk keluar dari bawah kabinet, anak kucing itu semakin menyorok ke dalam.

Bila saya membiarkan, anak kucing itu akan kembali mengiau. Dan bila saya cuba lagi untuk keluarkan anak kucing itu dari bawah kabinet semakin dia cuba menyorok jauh ke bawah kabinet lagi.

Cute kitten
Sumber : Google images 

Seperti Anak Kucing Yang Menyorok

Perkara ini, sama seperti kehidupan manusia. Kita ada guru/mentor yang membantu kita untuk berjaya dan cemerlang. Namun jika diri kita sendiri yang tidak mahu untuk mengeluarkan daripada lubang kegagalan, maka kita tetap tak akan berjaya.

Kita sendiri kena keluar dari zon yang membuatkan kita rasa selesa, takut, rendah diri dan sebagainya yang impaknya adalah negatif. Tugas guru/mentor itu hanya menyuluh jalan untuk kita mampu menelurusi jalanan tersebut.

Jadi, bersediakah anda untuk dibantu? Bersediakah anda untuk 'keluar' dari kepompong?
#InspirasiSiPemikir

Kredit : telegram @pendidik4u

Catat Ulasan

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. kalau proverb omputih.. we can bring the horse near the river but we can never force them to drink. dalam bidang pendidikan ni gitula kak kan.. kita dah usaha tapi hakikatnya kalau x mau menerima cikgu2 pun xdpt buat apa. doa jela mampu =)

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !