GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Haram Trade In Emas Lama Kepada Emas Baru?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Haram Trade In Emas Lama Kepada Emas Baru? | Emas lama, bila dah lama akan berubah sifat. Macam rantai tangan, bila lama nanti emas tu macam longgar kan. Sebab emas tulen, sifatnya bila kena suhu badan kita ia semakin merenggang.

Biasa orang akan trade in je dengan emas baru kan... upgrade kan... Tapi pernah tak kita terfikir hukum pasal ni.

Boleh ke trade in emas lama kepada emas baru.

Urusan jual beli melibatkan emas, perak dan mata wang kena hati-hati sebab salah cara boleh jadi riba dan haram hukumnya.

Hukum dan Dalil Riba

Riba ini diterangkan melalui hadis-hadis antaranya hadis dari Ubadah b Samit berikut:

Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.” – (Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad)

Haram Trade In Emas Lama Kepada Emas Baru?
Haram Trade In Emas Lama Kepada Emas Baru? 

Haram Trade In Emas Lama Kepada Emas Baru?

Penjelasan dari hukum Ustaz Naim:

Soalan: Mengenai hukum trade in emas lama kepada emas yang baru bagi mengelakkan riba

Jawapan:
Bismillah ir-Rahman ir-Rahim.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, dan selawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Menurut perbahasan hukum bahawa trade in emas lama kepada emas yang baru atau barang kemas yang lama kepada barang kemas yang baru mestilah mempunyai dua syarat:

1) Mesti sama berat timbangannya (Mutamathilan).

2) Diserahkan dan diterima dalam satu masa (Taqabud fil hal/majlis) kerana ia adalah tertakluk kepada hukum sarf (tukaran matawang kepada matawang), maka tidak dibenarkan untuk menangguh masa penyerahan.

Untuk mengelakkan riba, mestilah kita menyerahkan emas lama dan kemudian penjual menyerahkan emas baru yang sama berat pada ketika itu.

Begitu juga sekiranya seseorang itu ingin melakukan trade in dengan emas baru yang lebih mahal harganya, dia harus menjual barang kemasnya dahulu, di ambil duit hasil dari jualan emas tadi dan kemudian membeli barang kemas yang baru. Transaksi sedemikian merupakan jalan yang selamat dari unsur-unsur riba.

Wallahu'alam. Semoga penjelasan ini membantu dalam menambahkan pengetahuan anda dalam hal agama.


Inilah prinsip dan hukum asal dalam urusniaga barang ribawi.

  • Barang ribawi yang berlainan jenis dan berbeza ‘illahnya maka kita bebas berurusniaga mengikut cara yang kita mahu. Berbeza nilai mahupun berjual beli secara hutang. Seperti 5g emas ditukarkan dengan 50kg gandum.
  • Barang ribawi yang berlainan jenis tetapi ‘illahnya sama maka kita perlu berurusniaga secara tunai sahaja dan perbezaan nilai adalah dibenarkan. Seperti 25g perak ditukarkan dengan 1g emas ataupun 10kg gandum ditukarkan dengan 5kg kurma.
  • Barang ribawi yang sama dan sama ‘illahnya maka kita perlu berurusniaga secara tunai dan sama nilai. 1g emas ditukarkan dengan 1g emas. 1kg kurma ditukarkan dengan 1kg kurma.

Bagaimana Boleh Jadi Riba?

Timbul persoalan kalau 1g emas 99.9 ditukarkan dengan 2g emas 91.6 atau 1kg gandum gred A ditukarkan dengan 2kg gandum gred B? Adakah dua barang yang berbeza kualiti pun mesti sama nilai pertukarannya?

Situasi ini pernah berlaku pada zaman Rasulullah saw sebagai pedoman hukum kepada kita semua.

Dari Abu Sa’id al-Khudri, satu hari Bilal r.a. membawakan Nabi saw 1 sa’ (timbangan kurma) kurma yang berkualiti dan baginda pun bertanya sumber kurma tersebut. Bilal pun menjawab, “Saya ada 2 sa’ kurma yang berkualiti rendah dan saya tukar dengan 1 sa’ kurma berkualiti ini.”

Lantas baginda pun berkata, “Tidak! Ini adalah riba, jangan buat begitu. Kamu sepatutnya menjual dulu 2 sa’ kurma berkualiti rendah dan hasil jualannya barulah digunakan untuk membeli kurma yang berkualiti tinggi.” – (Muslim & Ahmad)

Ada satu lagi hadis lain yang direkodkan dalam Shahih Bukhari, Muslim dan Nasai’ yang membawa prinsip yang sama. Maka kita perlu faham bahawa barang ribawi yang sama jenis walaupun berbeza dari sudut kualiti maka hukumnya tetap sama jika mahu membuat pertukaran sesama jenis.

Inilah prinsip asas dan hukum asal riba jual beli yang kita mesti tahu dan amalkan. InsyaAllah kita akan bincangkan aplikasi qiyas riba jual beli ini dalam bentuk-bentuk pelaburan semasa seperti pelaburan emas, perak, matawang (forex) dan juga koleksi numismatik.

Kredit: Ustaz Naim, Majalah Niaga.

Jadi, lepas ni jual dulu emas lama... dapatkan harga jual, kemudian baru beli emas yang baru... Jangan terus trade in macam biasa kita buat kat kedai emas.

Jika dah terbuat dimaafkan atas sebab kita jahil... Tapi dah tau tak boleh, berdosa kalau buat juga. 


Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

2Ulasan

  1. ohhh macam tu cara dia, dapat ilmu baru harini

    BalasPadam
  2. nice sharing.. ilmu baru ni.. walaupun x penah trade in tapi sekurang2nya kita alert =)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ