GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Apa Allah Nak Bagi Lepas Ni Ek?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Apa Allah Nak Bagi Lepas Ni Ek? | Seminggu yang menduga... Diduga Allah hingga hampir putus asa dari Rahmat Allah... Ya Allah, terasa lemah iman waktu itu...

Tak pernah diuji teruk sebegini... Tapi pujuk hati, redha dan yakin, ramai lagi yang teruk dari aku ini...

Diuji dengan sakit yang bersilih ganti... satu famili...
Akhirnya, berkat zikir dari hati, ku temui kekuatan diri...
Pasti yang indah-indah akan menanti selepas ini...

Hari ni, masih tak kering diuji...
Masih ada sisanya, tapi baik sikit dari sebelumnya...

Tapi masih mengharap dari Allah, agar Allah berikan keluarga aku kesembuhan...

Apa Allah Nak Bagi Lepas Ni Ek?

Apa Allah Nak Bagi Lepas Ni Ek?

Baca coretan dari Ustaz Ebit Lew membuatkan kembali semangat dan bermotivasi setelah diuji...

Rahmat Di Sebalik Musibah


Baru ini saya sedang parking di depan rumah ayah mertua. Tiba-tiba ada sebiji kereta depan mata saya di bawa laju-laju dan bergesel dengan kereta saya. Dia terus pergi laju-laju. Saya tengok calar dari depan sampai belakang. Terkejut juga, saya cuma doa Ya Allah pasti ada rahmatmu. Ada kebaikan nak datang ni. Rahmat Allah..

Malam yang sama sedang saya di surau. Ada sebuah kereta budak-budak muda pasang lagu kuat-kuat langgar kereta saya lagi. Bertambah colour pada kereta saya. Saya cepat-cepat solat taubat dan beri sedekah. Ya Allah maafkan saya. Salah saya. Rahmat Allah. Pasti ada rahmat ni..kebaikan nak datang..

Esok pagi semasa nak ke pejabat. Semasa di traffic light ada sebuah kereta laju meluru langgar belakang kereta saya. Sepanjang saya bawa kereta ini kali kedua orang langgar belakang kereta saya. Saya tengok boleh tahan teruk kedua-dua kereta. Saya termenung sekejap sebab bertubi-tubi pulak rasa. Terus sangka pasti ada rahmat besar Allah nak bagi..

Saya kata pada akak pakai sexy tadi. Dia panik dan cuba terangkan. Saya kata akak nak tahu yang sebenarnya? Semua yang berlaku dalam dunia ini telah ditakdirkan Allah. Hari ini dan waktu ini akak langgar belakang kereta saya. Dia terkejut. Saya senyum jer. Buat apa nak marah. Allah dah tulis..

Saya tolong dia uruskan keretanya. Lepas tu dia ambil nombor telefon saya dan tanya saya kerja apa. Saya kata saya buat training motivasi..

Esoknya dia call saya. Dia ajak ke pejabat bincang pasal kursus untuk kakitangan di tempat kerjanya. Dia antara bos utama. Ramai orang presentation. Saya salah seorang datang..saya datang seorang jer..dia tak kenal saya pun. Tak pernah langsung tahu..

Takdir Allah saya dapat 6 siri program teambuilding untuk organisasi tu. 3hari 2malam. Saya belajar satu perkara di sebalik susah dan musibah ada rahmat Allah nak bagi. Rahmat dapat buat dakwah pada sebuah pejabat yang tak pernah ambil training islamic. Sebelum ni katanya semua non muslim punya training. U paling murah dan saya terkejut bila kereta u teruk tapi u senyum dan kata ini semua takdir Allah.

Siapa tahu rupanya Allah simpan kegembiraan disebalik semua kesedihan yang kita lalui.

Adik beradik kita yang paling nakal akhirnya menjadi anak yang paling baik dan banyak khidmat buat ibubapanya..

Pelajar yang direndahkan dan dipandang rendah tiba-tiba jadi paling berguna buat masyarakat..

Orang yang lambat kahwin dan tiada anak akhirnya paling bahagia dan gembira sampai akhir usia..

Orang paling gengster akhirnya orang paling banyak menangis depan Allah..

Buat dakwah tapi sentiasa dihina dan direndahkan dan mungkin disalahfahami tetapi tiba-tiba menjadi orang yang kata-katanya diingati dan jadi asbab hidayah. Semua ulama yang soleh dulu pernah masuk penjara kerana kebenaran..

Kematian orang paling disayangi supaya dia diberi rehat dan Allah ingin kita belajar erti kehidupan agar menjadi lebih bermakna..

Belajarlah melihat disebalik kesusahan ini Allah sediakan rahmat yang besar..

Jika Allah ingin beri kebaikan pada seseorang,Allah mula beri musibah. Tidak ada orang akan gagal di dunia dan akhirat melainkan orang yang berputus asa dari rahmat Allah. Ubat bagi segalanya sangka baik pada Allah.

Kredit : Tazkirah Ustaz Ebit Lew via Telegram Group

Setiap dari kita tak terlepas dari ujian...


وَأَن تَصْبِرُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 

“Tetapi jika kamu bersabar, itu lebih baik bagimu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” [Surah an-Nisa’ 25]

Saat kita mendapat musibah, ujian, tekanan, cubaan dan dugaan ada ketikanya kita berteriak menyalahkan sana sini. Teriakan dan kekecewaan kita itu tidak akan merubah apapun. Namun jika kita bersabar, kita akan memperoleh pahala juga ketenangan, dan itu sudah membuka pintu jalan keluar. Setelah hati mulai tenang, barulah kita mulai mencari jalan keluar kerana Allah selalu bersama orang yang sabar.

Dalam ayat di atas, Allah swt telah memberitahu kepada kita bahawa bersabar itu lebih baik. Maka terimalah apapun yang terjadi dan bersabarlah. Kerana tidak ada yang mencintai manusia melebihi Allah swt. Dialah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih. Mustahil Allah membebankan sesuatu yang diluar batas kemampuan kita.

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..." [Surah al-Baqarah 286]

Senjata terbaik dalam hidup adalah kesabaran. Seorang itu tidak akan berjaya di dunia tanpa memiliki kesabaran. Apalagi di akhirat, jalannya begitu sulit dan sukar jika kita tidak melindungi diri dengan kesabaran. Jangan sesekali meremehkan kesabaran kerana sabar adalah pangkal keimanan dan kejayaan. Allah sentiasa bersama mereka yang bersabar.

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ 

“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar” [Surah al-Baqarah 153]

Bersabarlah atas segala ujian kerana pahala kesabaran itu lebih besar dari amal yang kita lakukan.

وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُواْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ 

“Dan Kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan” [Surah an-Nahl 96]

♡ Ingatlah bahawa orang yang sabar sentiasa dikelilingi oleh rahmat dan kasih sayang Allah swt. Dan yang terpenting, dia akan selalu mendapat petunjuk daripada Allah swt ♡

Kredit: Ustaz Naim via Telegram Channel

0Ulasan