GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Pusat Jagaan Kanak-Kanak Di SEMUA Agensi Kerajaan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pusat Jagaan Kanak-Kanak Di SEMUA Agensi Kerajaan | Susulan kejadian seorang bayi berusia 5 bulan yang di temui maut dan di sorokkan di dalam peti sejuk di rumah pengasuhnya baru baru ini, pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Laman Rasmi telah mengambil langkah proaktif berikut ;

1. Semua agensi kerajaan bakal miliki pusat jagaan kanak kanak menjelang Januari 2019.

2. Audit akan di lakukan untuk memastikan semua agensi kerajaan terutamanya bagi mereka yang bekerja secara syif menyediakan pusat jagaan kanak kanak.

3. Bagi sektor swasta, pengecualian cukai 10% selama 10 tahun akan di berikan kepada majikan yang mewujudkan pusat jagaan kanak kanak.

4. Mengkaji keperluan penubuhan Suruhanjaya Kanak Kanak

5. Cadangan menambahbaik Akta Kanak Kanak suapaya daftar kanak kanak sedia ada dapat di perkasakan.

6. Sistem daftar tersebut akan memastikan individu yang memiliki rekod jenayah seksual, rekod mahkamah dan polis tidak terlibat secara langsung dengan kanak kanak.

Seronoknya dengar Berita ni kan... Moga terlaksana apa yang dirancang oleh pihak kementerian ni...

Pusat Jagaan Kanak-Kanak Di SEMUA Agensi Kerajaan

Pusat Jagaan Kanak-Kanak Di SEMUA Agensi Kerajaan
Pusat Jagaan Kanak-Kanak Di SEMUA Agensi Kerajaan

PUSAT JAGAAN KANAK KANAK DI TEMPAT KERJA MENINGKATKAN PRODUKTIVITI KERJA


Laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri setakat tahun 2013 mendapati, Malaysia kehilangan pendapatan RM13 bilion setahun akibat kurang penyertaan wanita dalam sumber tenaga buruh.

Kekurangan penyertaan wanita juga menjadikan Malaysia ketinggalan jauh dari segi pendapatan berbanding negara jiran seperti Thailand, (70 peratus); Brunei Darussalam (61.2 peratus) dan Singapura (60.2 peratus).

Statistik yang dikeluarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2010, mendapati 66.9 peratus wanita meninggalkan sektor pekerjaan atas sebab utama untuk menumpukan perhatian kepada keluarga

Dengan mewujudkan Pusat Jagaan Kanak Kanak di tempat kerja, ia akan memberi peluang kepada lebih ramai wanita meneruskan kerjaya mereka disamping menjamin bahawa wanita akan lebih produktif dalam menjalankan tugas.

Ini juga merupakan satu bentuk kemudahan kepada ibu bapa yang bekerja untuk terlibat sama dalam penjagaan anak mereka disamping mengeratkan hubungan kekeluargaan. Masa untuk berjumpa dengan anak-anak lebih panjang memandangkan anak-anak dekat dengan ibu bapa. Ibu bapa tidak perlu untuk menghabiskan masa menghantar anak-anak ke tempat asuhan.

Di harapkan pihak Kementerian akan terus komited bagi memastikan segala cadangan dan perancangan ini di realisasikan.

Usah biarkan kematian Adam Raykal menjadi sia-sia.

Sumber Kenyataan Media KPWKM 5 Julai 2018 via Facebook Public Health Malaysia 

Mungkin ini hikmahnya... Bila sesuatu musibah berlaku ada lah tindakan positif yang akan diambil.

Macam sebelum ni kes pelajar tahfiz... Terus kerajaan pandang serius juga kan...

Memang usaha ini tak boleh mengembalikan mereka yang telah terpilih ke syurga Allah... Tapi sekurang-kurangnya dapat mengelak dari musibah yang sama berulang.

Lepas ni mak-mak tak risau lagi nak hantar anak... Dah dekat dengan tempat kerja...

Bagi Ibu menyusu boleh hantar susu waktu rehat dan dapat pantau anak dengan mudah.

Apa pun... Perkara ni bukan mudah nak laksanakan. Sebab banyak faktor juga nak kena ambil kira.

Nak bina pusat asuhan, nak latih pengasuh yang berdaftar dan terlatih dan kouta anak asuhan mengikut bilangan pengasuh terlatih...

Apa pun, kita doakan moga impian ni terlaksana dan dipermudahkan... Insha Allah... Sekurang-kurangnya berita ini meredakan hati mak bapak yang mula risaukan bab pengasuh. 

0Ulasan