بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Di Malaysia, kita beruntung sebab banyak ilmu dan sumber ilmu agama kita boleh perolehi.
Negara kita aman, ustaz ustazah kita ramai...
Ada masalah dan permasalahan ustaz ustazah akan respond di media sosial..
Dan penulis yakin, di Malaysia perkara asas agama seperti solat, puasa, tutup aurat, zakat itu semua orang tahu...
Sebab tu, kita ni kadang serba salah nak tegur sebab orang tu dah tahu...
Contoh, kita nak tegur wanita tak tutup aurat...atau nak tegur wanita yang pakai pakaian yang tak sempurna auratnya... Sebelum tegur tanya dulu, dia tahu tak... Penulis yakin, dia akan jawab tahu...
Budak sekolah pun tahu...
Dah tahu kenapa buat juga?
Orang yang tahu dengan sesuatu ilmu, tapi tak amal itu orang gila...
Penulis fokuskan kepada ilmu fardhu ain di sini... bukan ilmu fardhu kifayah... sebab fardhu ain wajib bagi setiap orang Islam..
Kata Imam al-Ghazali:
ILMU TANPA AMALAN IALAH GILA
Ilmu tanpa amalan ialah gila dan amal tanpa ilmu pula adalah sia sia.
Dan ketahuilah bahawasanya ilmu semata mata masih belum mampu mendorong engkau berbuat taat dan tidak akan dapat menjauhkan engkau pada hari kiamat daripada api neraka.
Dan apabila engkau tidak beramal dengan ilmu yang ada pada dirimu dan engkau tidak membuat pembetulan terhadap segala kesalahan yang engkau lakukan pada masa yang lalu, kelak engkau akan berkata pada hari kiamat (atau di dalam kubur) nanti :
Maksudnya : " Wahai Tuhan kami, kami telah melihat, kami telah mendengar (azab siksa), maka kembalikan kami ke dunia. Kami hendak melakukan amalan soleh" (32:12)
Lalu dikatakan kepada engkau : "Wahai si bodoh, kenapa engkau hendak kembali ke sana, sedangkan engkau baru sahaja datang dari sana?".
Sumber : Ayuhal Walad karya al-Imam al-Ghazali.
Jadi, renungkanlah...
Jangan salahkan orang kalau kita masuk neraka sebab ilmu ada disekeliling kita...
Jangan salahkan kawan kalau kita sendiri tak berubah untuk berubah sedangkan teguran dan peringatan pun dah diberikan...
Senang kata...
Jangan salahkan polis trafik kalau kena saman sebab guna telefon semasa memandu sedangkan kita tahu itu memang salah satu kesalahan trafik.
Sekian...
Sama-sama bermuhasabah diri...
Selamat berpuasa..
Jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dengan merubah diri jadi lebih baik.
Moga Allah temukan taufiq untuk hidayah yang tersimpan dalam hati mereka
BalasPadamsetuju. ramai yang macam ni. mereka sedar dan tau yg benda tu salah tapi still nak buat juga..
BalasPadamhttp://aerillhassan.blogspot.com
selamat berpuasa!
BalasPadamBetul ramai sangat macam ni. Ambil ni juga sebagai peringatan untuk diri kita...
BalasPadam