GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Banyak Betul Barang Murah di Lazada Riang Ria Raya Sale

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Banyak Betul Barang Murah di Lazada Riang Ria Raya Sale | Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik lagi seminggu lebih kita nak sambut raya.

Cepat sungguh kan… Tak sempat nak fikir persiapan raya lagi ni. Tapi kena fikir juga.

Banyak lagi tak lengkap… Baju raya MF dan suami, kasut raya anak… Adehh… Banyak lagi ni… Nak pergi beli memang tak lah waktu bulan puasa ni.

Siang penat nak jalan dengan nak kepung anak lagi… Jenuh… Malam nak terawih pula.. Memang tak lah nak ngadap shopping mall puasa macam ni.

Jadi, jalan terbaik tanpa penat lelah… ialah shopping online…

Tempat biasa MF lah kalau shopping online… Lazada lah mana lagi… sebab semua barang ada kat situ…

Memang senang… dari barang dapur, barang keperluan rumah hingga bab kecantikan, kesihatan semua ada…

Lagi satu, bila nak raya biasa Lazada memang akan ada sale punya…

Tahun ni tak ketinggalan, memang menanti sale dari Lazada…



Lazada Riang Raya Sale dah mula dah dari 1 Jun 2018 hingga 4 Jun 2018. Singkat je… 4 hari … Ada sebab juga kenapa 4 hari sebab last pos kebanyakan syarikat penghantaran ialah 9 Jun… Jadi, memang patut la 4 hari tu… Jadi, lepas dah membeli dengan jimat di Lazada ni, tak payah nak fikir dah… Tunggu je abang pos datang hantar barang depan pintu rumah korang.

Tapi bestnya, 4 hari ni kena grab cepat lah… sebab sale bikin terduduk punya. Jualan hingga 90% diskaun… Siapa tak mau kan… MF sendiri pun dah tengok dah… Memang harga kaw kaw murah punya.

Banyak brand sale. Lebih 30 brand antarabangsa dan jenama terkenal macam Watson, Carlo Rino, Sunsilk, Dettol, Drypers, ASUS, Philips, Xiomi dan macam-macam lagi lah… Jenuh nak sebut satu-satu..

Korang kena tengok sendiri kat website Lazada kat link ni:
https://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/?hybrid=1

Banyak Betul Barang Murah di Lazada Riang Ria Raya Sale

Jika sebelum ni Lazada ni biasa-biasa sahaja sale dia, tapi untuk raya ni, lain macam sale dia… Sebab apa MF kata lain macam… Bagi MF yang biasa sangat Lazada ni, memang ternyata Nampak kelainan pada Sale Raya kali ni di Lazada…

Apa yang berbezanya?

#1. 600 Flash Sales


Flash Sales ni best. Korang dapat grab banyak barang dengan harga yang murah giler… Diskuan hingga 90%. Tapi ada masa.

Kalau hari biasa, Flash Sales ni dalam 3 kali je sehari…

Tapi untuk Lazada Riang Raya Sale ni, Lazada buat sampai 600 kali iaitu setiap 2 jam ada Flash Sales. Jam 8 pagi, 10 pagi , 12 tengah hari… begitulah hingga 4 Jun…

Memang rugilah… Jadi, kena rajin tengok sebab memang banyak barang murah waktu Flash Sales ni.

#2. Lebih 600 Voucher


Voucher siapa tak suka… Syok beli pakai voucher ni, dapat jimat banyak…

Jadi, sempena Lazada Riang Raya Sale ni, ada 600 Voucher disediakan untuk brand terpilih. Contoh macam Sunsilk, Watson, Siti Khadijah, Pediasure, Pet Pet dan banyak lagi.

Brand untuk kecantikan, barang keperluan rumah, barang elektrik dan banyak lagi… Tak larat MF nak senaraikan semua.

Voucher Buffet buka puasa pun ada juga tau…, jadi sebelum tempah mana-mana voucher tu, check Lazada dulu, kot ada voucher, kan jimat tu.

Voucher Deals on Raya Essentials and Bundles and Partners Exclusive Offers pun ada…
Korang boleh tengok sendiri kat >>>SINI<<<

#3. Goncang HP Dapat Duit Raya dengan ‘Shakin Deal’

Yang ni memang tak pernah Lazada buat lagi untuk sale raya untuk tahun sebelum ni… Tapi tahun ni ada kelainan dan memang menyeronokkan.

Goncang handphone untuk dapat duit raya dengan “Duit Raya Shakin Deals”.

Macam mana nak main ni?

Mudah je..
1. Download aplikasi Lazada di Play Store atau Apps Store.
2. Sign up bagi yang belum ada akaun Lazada, bagi yang dah ada akaun Lazada, just sign in.
3. Kemudian, tunggu je waktu untuk main game ni. Ada 3 kali setiap hari iaitu jam 5.30 pagi, 12.30 tengahari dan 9.30 malam. 


Korang tunggu je 3 waktu, masuk ke homepage Lazada di Apps Lazada tu…

Nanti akan nampak simbol dia suruh korang “Shake”. Tapi kadang tak naik pun simbol tu... kalau tak naik simbol tu pun, korang just goncang je hp korang untuk 3 waktu tu... tapi kena buka homepage aplikasi Lazada la,, baru goncang...

1 waktu ada peluang 5 kali goncang...

Korang goncanglah… Bernasib baik, boleh menang voucher Lazada hingga RM50.

MF dah cuba, dapat 2 kali voucher RM10... dah ada RM20 voucheer... hehe...
Tapi ada peluang lagi nak cuba ni.. moga ada rezeki.
Ingat ye, ada 3 waktu sehingga 4 Jun 2018. Set alarm siap-siap… hehe…

Tapi rugi sikit la… sebab game ni dah mula dari 22 Mei 2018 lagi.. Tapi takpe.. Bagi yang baru tau, boleh cuba, mana tau rezeki kan… Saja seronok-seronok boleh juga menang voucher… Banyak tu voucher RM50 tu.. Dapat shopping free… hihi…

Itu tiga perbezaan Lazada Riang Raya Sale tahun ni.. memang hebat dan lain dari yang lain.

Lagi satu, Lazada memang dah best untuk shopping sebab ada 2 pembaharuan yang dah dibuat oleh pihak Lazada… iaitu:

1. Lazada Wallet

Best ada Lazada Wallet ni… Korang boleh simpan duit dalam Lazada wallet… tak payah nak guna online banking kalau nak beli… Macam debit kad je gayanya.

Kadang kita ni nak membeli barang, tapi time tu takde duit kat bank… atau malas nak keluar bank in… Jadi, tak payah risau dah.. dengan Lazada wallet ni, korang topup je siap-siap dalam Lazada Wallet bila gaji. Bila rasa nak membeli tak payah nak pergi bank in… Just guna je duit yang dalam Lazada Wallet tu.. senang kan… Tu yang MF suka tu…


Dan sempena Lazada Raya Sale ni, dapat 10% Cashback kalau bayar guna Lazada e-Wallet… Jimat banyak tu…

Cara nak aktifkan bagi yang dah ada akaun, korang boleh follow sini

2. Ruang Chat Dengan Seller

Ini satu pembaharuan yang patut MF war-warkan pada semua juga… Lazada dah buat kemudahan, kita sebagai pembeli boleh direct chat dengan seller… Bestnya…

Lepas ni kalau ada masalah apa-apa boleh chat je terus dengan seller.

Macam MF, ada masalah pos dengan pos laju… Jadi, sebelum beli MF akan chat seller Tanya kot boleh dia pos selain pos laju… Memang best yang ni… Jadi, kalau seller boleh pos selain pos laju MF akan beli… Insha Allah.

Korang pun boleh Tanya, kalau nak Tanya apa sahaja direct dengan seller je…

Dan kebanyakan seller memang guna pos selain pos laju… Jadi, kalau korang ada masalah dengan pos laju, Lazada memang tempat shopping online terbaik… sebab semua ada, dan korang boleh Tanya dulu dengan seller yang ada. Best kan…

Tu dia… panjang cerita pasal raya ni… Apa pun memang best Raya kali ni dengan Lazada Riang Raya Sale 2018 ni…

Jangan lupa cuci mata dengan jimat di Lazada Riang Raya Sale ni… Sambil-sambil tu jom layan video raya by Lazada ni… Sweet sangat video ni…


1Ulasan

  1. Lazada memang best, part shake phone tu teringat dekat Wechat la pulak hahaha

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ