GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Sepatutnya Beginilah Rutin Harian Kita

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sepatutnya Beginilah Rutin Harian Kita | Macam mana rutin harian kita.

Apa yang kita buat dalam sehari-hari...

Bagaimana pembahagian antara kerja, ibadah, keluarga dan sosial life kita.

Kadang kita rasa hidup kita berterabur kan.. Ibadah kita pun macam tak sempurna.. Mungkin jadual harian kita tak spesifik dan tak tersusun.

Jadi, jika ada jadual mungkin lebih indah dan teratur hidup.

Jadi, MF nak share jadual harian yang telah disusun dan dicadangkan oleh Ustaz Ismail Kamus.

Sepatutnya Beginilah Rutin Harian Kita

Sumber : Google 

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YANG DISUSUN USTAZ ISMAIL KAMUS


1. bangun malam (sekitar jam 3 pg)
- mandi dan ambil wuduk

2. solat sunat wuduk.

3. solat sunat taubat.

4. solat sunat tahajjud (8 rakaat).

5. solat sunat hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).

6. solat sunat witir 3 rakaat.

7. istighfr 100x

8. tahlil 300x

9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. 40x

10. tasbih 40x

11. solat sunat fajar.

12. solat subuh.

13. baca Yaassin lepas subuh.

14. solat sunat dhuha 6 rakaat.

15. Solat Zohor.
- solat sunat sebelum
- solat sunat selepas

16.Solat Asar.
- solat sunat sebelum

17. Solat Maghrib.
- solat sunat selepas

18. Solat Isya'
- solat sunat sebelum
- solat sunat selepas

19. Sebelum tidur baca :
- Al-Quran
- surah Al-Mulk
- surah Sajjadah
- surah Al-Waqiah

20. setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

21. Ikuti kelas majlis ilmu =majlis laman syurga =berzikir dan sambil  ulangkaji untuk ingatan kita dan keturunan kita

22. Pergi undangan atas jemputan saja=haram makan bukan di undang oleh tuan rumah.

23. Menziarah anak beranak / saudara mara /kawan / masyarakat yang sakit.

24.waqaf / infak ( Sedekah hari-hari walaupun sedikit) ikhlas jangan menunjuk-nunjuk

25. Jangan riak walaupun ada dlm hati...

26. Ziarah org meninggal dunia ...dan solat jenazah ..(L) iringin ke kuburan.

“Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."

Nampak macam penat.. Tapi sebenarnya rehat yang terbaik ialah dengan ibadah dan solat.

Insha Allah..  Sama-sama kita perbaiki yang mana kurang...

Ramadan yang akan datang sebagai permulaan yang baik untuk berubah... Insha Allah.... 

3Ulasan

  1. nice sharing kak.. baru kita sedar macam mana rutin kita kalau ada list untuk setiap hari.. ^^

    BalasPadam
  2. Bagus kak update entri macam ni...at least blogger-blogger lain datang jenguk blog akak, diorang amalkan and dapat pahala, akak pun dapat pahala sekali.


    Erni Hasmiza

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ